Siakap Keli
ditolak ketika temuduga
Kredit Gambar: The Telegraph

“Apa-apa Kami Akan Hubungi Awak,” Ini Antara Tanda Permohonan Temuduga Kerja Ditolak

Bukan mudah untuk mencari pekerjaan terutama dalam keadaan ekonomi yang baru pulih semula. Ketika ini, ditolak ketika temuduga berkali-kali menjadi hal biasa yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang.

Setelah segala usaha dan persediaan yang dilakukan, ramai yang semestinya berharap agar bakal majikan berminat untuk menawarkan kerja.

Namun, mereka mungkin tidak berminat untuk memberi kerja kerana sudah mempunyai calon yang sesuai atau ada beberapa kekurangan dan kesilapan yang dilakukan oleh kita ketika ditemuduga.

Bagaimanapun, pihak majikan kebiasaannya tidak akan memberikan kata putus secara terus dan mungkin berkata akan menghubungi kita semula nanti.

Disebabkan itu, ramai yang sering keliru dan kecewa kerana menunggu panggilan dari mereka dalam tempoh yang lama.

Bagi yang belum tahu, anda sebenarnya boleh menilai atau melihat sendiri tanda-tanda sama ada anda diterima atau tidak ketika proses temuduga berlaku.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian pengguna Twitter, @faridaffy di bawah ini.

Tanda kena reject interview kerja

1. Interviewer tu bagi nasihat kat korang. Tapi senyum je la ya.

2. “Apa-apa kami akan hubungi awak”
Benda ni main banyak peranan la tapi rasanya korang sendiri boleh rasa kot yang korang diterima ke tak kerja dengan nada interviewer tu.

3. “Awak rasa awak layak untuk jawatan ni?”
Soalan ni pusing sikit sebab sebenarnya resume korang tak capai ciri-ciri yang company tu cari so jawab je dengan jujur dan bagi contoh kerja-kerja yang dah korang buat. Mana tahu dengan past experience tu boleh wow kan interviewer tu.

BACA: “Gunakan Font Cambria, Calibri & Helvetica Sahaja,” Ini 5 Ciri ‘Resume’ Bagus Yang Perlu Ada

Sumber: Farid Affy

Sofea

There's always another side to every story