Siakap Keli
Gambar Via Forbes

“Gunakan Font Cambria, Calibri & Helvetica Sahaja,” Ini 5 Ciri ‘Resume’ Bagus Yang Perlu Ada

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Resume menjadi salah satu daripada perkara penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang ketika ingin memohon pekerjaan. Tanpanya, majikan atau penemuduga akan menjadi kurang berminat untuk menawarkan sebarang jawatan kepada pemohon kerja.

Manakan tidak, ia menunjukkan sama ada anda betul-betul bersedia atau tidak untuk bekerja di situ. Resume juga penting untuk mereka memeriksa dan menilai maklumat mengenai diri kita.

Justeru, sediakan resume yang terbaik dan kemas agar bakal majikan akan tertarik dengan anda. Dalam pada itu, anda juga perlu memastikan agar resume itu tidak keterlaluan terutamanya dari segi pemilihan tulisan dan warna.

Jika ada yang masih belum tahu untuk membuat resume dengan betul, mungkin anda boleh mengikuti perkongsian pengguna Twitter, @faridaffy mengenai ciri-ciri resume yang bagus.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pernah tahu ciri-ciri resume yang bagus??

1. Gunakan font Cambria, Calibri atau Helvetica sahaja.

Ni penting tau. Ramai jobseekers bagi resume yang penuh dengan font pelik pelik. HR pun naik pening nak baca apa you tulis dalam resume. So elakkan okay?

2. Margin 4 penjuru resume mestilah 1 inci.

Basically ni untuk buat resume tu nampak kemas la. HR tengok pun dia puas hati and tak sakit mata sebab kemas and teratur je.

3. Headings yang jelas.

Boleh besarkan sikit font atau guna huruf besar. Selain jenis font, sizing pun penting tau. Kalau ada benda yang you nak highlightkan dalam resume tu, then besarkan sikit font tu, so HR pun boleh dan senang nak bezakan.

4. Jangan terlalu padat. Pastikan ada ruang.

Ha ni satu kesilapan ramai orang buat. You tahu tak HR mengambil masa beberapa minit je nak filter resume. So kalau resume tu padat sangat, dia boleh jadi hilang mood nak baca sebab tak ada masa.

5. Satu muka surat dah cukup.

Kalau nak hantar resume untuk apply kerja, make sure resume tu satu atau 2 page je. Jangan bagi resume sampai 5 page, Banyak case yang HR takkan baca semua resume tu pun tau.

Resume yang sedap mata memandang boleh buatkan HR terus baca resume tu.

Sumber: Farid affy

Sofea

There's always another side to every story