Siakap Keli
simbah air panas ke kemaluan suami
Gambar: Oddity Central

Berang Suami Mimpi Perempuan Lain, Wanita Nekad Simbah Air Panas Ke Kemaluan Suami

Berang Suami Mimpi Perempuan Lain, Wanita Nekad Simbah Air Panas Ke Kemaluan Suami

BOLIVIA – Seorang wanita berjaya ditahan polis selepas dia nekad mencurah air panas ke bahagian kemaluan suaminya ketika mangsa sedang tidur, lapor Oddity Central.

Difahamkan bahawa, suspek bertindak sedemikan kerana mendakwa suaminya itu bermimpi mengenai wanita lain.

Insiden mengejutkan itu dilaporkan berlaku di bandar La Paz, Bolivia.

Menurut keterangan suspek, suaminya yang berusia 45 tahun itu secara tiba-tiba telah mengungkapkan rasa cintanya terhadap wanita lain ketika sedang tidur.

Ekoran insiden itu, suspek telah meluru ke dapur dengan perasaan marah lantas membawa satu periuk air yang sedang mendidih dan mencurahkannya ke bahagian kemaluan suaminya yang tidur itu.

Menurut jurucakap polis, mangsa telah dimasukkan ke hospital akibat melecur tahap dua pada alat sulit, lengan dan belakang badan.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis atau tangisannya telah mengejutkan jiran. Pun begitu, menurut TN International, pihak berkuasa tempatan telah memulakan sisatan berhubung kes tersebut.

Timbalan Pengarah Pasukan Pelawan Jenayah Khas, Juan Jose Donaire berkata, ini bukan kali pertama lelaki berusia 45 tahun itu didera isterinya.

“Dalam kes sebelum ini, wanita itu pernah dilaporkan menyiram badan suaminya dengan alkohol dan mencuba untuk membakarnya.

“Tidak dapat dipastikan berkenaan apa yang telah dilakukan oleh suaminya itu pada kali pertama sehingga wanita itu nekad bertindak sedemikian.

“Namun, apa yang saya boleh katakan adalah dia telah bertindak secara berlebihan pada kali ini,” ujar Jose.

Sumber: Oddity Central

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin