Siakap Keli
Gambar Via BuzzNick

Macam Hotel ‘5 Star’, Ketahui Sebab Kenapa Penjara Paling Mewah Di Dunia Ini Dibina

Kenali penjara paling mewah di dunia, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan dijadikan sebagai ‘pusat pemulihan’ untuk banduan

Bila sebut saja mengenai penjara, pasti ramai dapat membayangkan keadaan di dalamnya yang mempunyai ruang sempit dan kecil, dinding yang lusuh dan sudah semestinya kelihatan sangat ‘menyeramkan’.

Malah, kebanyakan penjara juga tidak mempunyai tempat tidur yang selesa dan ‘penghuninya’ kadang kala perlu berhimpit di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa tak semua penjara berada dalam keadaan sebegitu. Ia kerana, terdapat sebuah penjara di Leoben, Austria ini yang dibina cantik dan dianggap antara penjara yang paling mewah di dunia.

Manakan tidak, jika dilihat dari luar, bangunan penjara itu kelihatan seperti hotel mewah atau pusat konvensyen dan kemudahan di dalamnya juga bukan calang-calang.

Gambar Via BuzzNick
Gambar Via BuzzNick
Gambar Via BuzzNick

Siap dibina pada tahun 2004

Untuk pengetahuan anda, penjara ini telah direka oleh arkitek terkenal dunia, Jospeh Hohensinn dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2004.

Penjara yang turut dikenali sebagai Pusat Keadilan Leoben itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gym, pusat sukan dan bilik peribadi untuk banduan.

Gambar Via BuzzNick
Gambar Via BuzzNick

Menariknya, penjara ini hanya memuatkan 205 orang banduan bagi mengelakkan ‘kesesakan’ di dalamnya.

Tidak seperti kebanyakan penjara yang hanya dilatari dengan pemandangan simen dari luar, penjara ini kelihatan sangat cantik kerana ia dihiasi dengan tingkap dan cermin, yang membolehkan banduan melihat keadaan di luar.

penjara paling mewah di dunia
Gambar Via BuzzNick

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tiga halaman dan kawasan komunal luar yang dikelilingi oleh penjara.

Banduan juga mempunyai bilik mandi, ruang dapur sendiri, televisyen dan dibenarkan untuk bergerak sesuka hati serta boleh berkongsiĀ  ruang mereka.

penjara paling mewah di dunia
Gambar Via BuzzNick
penjara paling mewah di dunia
Gambar Via BuzzNick

Malah, mereka turut dibenarkan untuk mengisi masa lapang dengan bersenam, memasak makan malam menggunakan peralatan logam dan juga memakai pakaian mereka sendiri.

Bukan saja-saja dibenarkan, ia dikatakan dapat membantu mengurangkan kos yang digunakan untuk mengoperasikan penjara tersebut.

Banduan yang dimasukkan ke penjara itu pula terdiri daripada mereka yang menunggu perbicaraan sehinggalah kepada pesalah ganas yang melampau.

Sebab ia dibina

penjara paling mewah di dunia
Gambar Via BuzzNick
penjara paling mewah di dunia
Gambar Via BuzzNick

Penjara itu tidak direka hanya untuk kelihatan cantik dari luar dan untuk memberikan kemewahan kepada penjenayah.

Pun begitu ia dianggap sebagai pusat pemulihan yang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada banduan dan menyediakan persekitaran yang baik kepada mereka. Ia sekaligus membolehkan banduan-banduan tersebut mempunyai masa untuk memikirkan semula jenayah yang dilakukan dan menginsafi diri.

Para banduan juga diharapkan akan mendapatkan inspirasi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik sebaik sahaja mereka dibebaskan.

BACA: Dipercayai Dibina Sejak 1950 & Ditengah-tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Sumber: Buzz Nick, Thrillist

Sofea

There's always another side to every story