Siakap Keli
Gambar: Facebook Amir Raja Lawak

Ramai Tak Tahu, Amir Raja Lawak Rupanya Pernah Diangkat Jadi Ikon Sekolah, Siap Ada ‘Tagline’ Sendiri

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pelawak dan pelakon terkenal, Amir Raja Lawak pernah diangkat menjadi ikon di sebuah sekolah pada suatu ketika dahulu.

Menjadi ikon atau ‘role model’ bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai aspek bakal dipandang oleh orang ramai, terutamanya latar belakang pendidikan seseorang individu tersebut.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu sebuah sekolah yang menjemput seorang individu ‘berpengaruh’ di media sosial untuk tampil menyampaikan perkongsian berbentuk motivasi kepada para pelajar.

Bagaimanapun ia mengundang rasa ‘tidak sedap hati’ sebahagian orang awam, rata-ratanya dipercayai tidak bersetuju tindakan pihak sekolah serta penganjur program berkenaan atas beberapa faktor.

Berbalik kepada konteks, biasanya individu yang terpilih menjadi ikon pelajar adalah daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Pendek kata, dari sekolah mereka ‘datang’, kepada sekolah kembali mereka ‘pulang’.

Namun mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa pernah ada juga ikon pelajar yang datang daripada individu pelawak. Demikianlah kisah seorang bekas peserta program realiti Raja Lawak Astro musim ketiga, Amir.

Kredit: Murai via FB Amir Raja Lawak

Tahukah anda, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 33, pernah diangkat menjadi ikon pelajar di sebuah sekolah rendah di Puchong, Selangor sebanyak dua kali beberapa tahun dahulu.

Amir yang lebih umum dikenali sebagai Amir Raja Lawak itu mendedahkan secebis sejarah hidupnya menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, Amir Raja Lawak.

Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara ini, mari ikuti pengalaman diangkat menjadi ikon yang dikongsikan sendiri oleh Amir seperti di bawah ini.

Amir Raja Lawak Pernah Diangkat Jadi Ikon Sekolah

Gambar: FB Amir Raja Lawak

Sebenarnya saya pernah jadi ikon untuk Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sepang.

Dua kali saya jadi ikon ni, yang dalam gambar ni tahun 2015.

Sekali lagi pada tahun 2017 seingat saya masa tu tema saya ‘BENCI DARIH’ iaitu dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS (memang kena lah sebab saya bukan perokok dan apatah lagi yang lain-lain tu).

Siap gambar saya dilukis kat dinding dengan print gambar kat cenderahati. Mestilah sekarang gambar dekat dinding tu dah ditukar kan, haha.

Segan juga saya nak terima penghargaan ini masa tu sebenarnya tapi sebab untuk sekolah rendah, jadi saya terima dengan hati terbuka.

Apa khabar agaknya puan guru besar, cikgu-cikgu dan bekas anak murid yang masa saya jadi ikon sekolah tu dulu ye?

Harap-harap adik-adik yang ada masa tu dengar dan ikut lah apa yang saya bagi tahu dulu tu ye.

Gambar: FB Amir Raja Lawak
Gambar: FB Amir Raja Lawak
Gambar: FB Amir Raja Lawak

Sementara itu, perkongsian tersebut dihujani pelbagai komentar daripada segenap warganet. Rata-rata mereka berasa bangga dengan pelawak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu yang diiktiraf sebagai contoh di sekolah.

Berikut di bawah adalah komentar-komentar pilihan menarik daripada warganet. Apa yang menghiburkan, Amir membalas komentar berkenaan dengan ‘skill’ nya sebagai seorang pelawak asli.

Tidak kurang juga ada yang bertanyakan tentang prosedur menjemputnya menjadi duta. Barangkali duta kepada produk atau bisnes tertentu milik individu tersebut.

Malah ada warganet memuji pelawak ini atas kecaknaannya untuk tampil ke sekolah dengan penampilan yang sesuai. Kemas, berkemeja, berkasut dan segak meskipun dirinya adalah seorang peniaga.

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?