Siakap Keli
lelaki roboh rumah
Sumber: TRIBUN NEWS BOGOR

Tak Sanggup Rumah Dibina Jatuh Ke Tangan Bekas Isteri, Lelaki Nekad Roboh Rumah Mewahnya

Tak Sanggup Rumah Dibina Jatuh Ke Tangan Bekas Isteri, Lelaki Nekad Roboh Rumah Mewahnya

Kerana tidak sanggup melihat rumah mewah yang dibinanya jatuh ke tangan bekas isterinya, tindak seorang lelaki menggunakan jentolak merobohkan sebuah rumah mewah di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, rumah berkenaan dibina lelaki berkenaan bersama ayahnya dengan kos melebih RM 147,000, tetapi ia dibina di atas tanah milik bekas isterinya. Rumah berkenaan mula dibina sejak 2018 secara beransur-ansur dan baru sahaja didiami tidak sampai setahun.

Tindakan itu diambil selepas mereka bercerai dan lelaki berkenaan tidak rela melepaskan haknya ke atas rumah tersebut. Ia susulan bekas isterinya meminta rumah tersebut diserahkan kepadanya  selepas mereka bercerai kerana merasakan dirinya mempunyai hak kerana dibina di atas tanah yang dimilikinya.

Menurut laporan Tribun News, tindakan itu juga mungkin berpunca daripada krisis rumah tangga yang pernah dilalui pasangan tersebut ketika masih bergelar suami isteri. Menurut penduduk kampung, lelaki berkenaan pernah dihalau oleh isterinya keluar dari rumah tersebut sebelum ini selepas berlaku perselisihan faham.

Sebelum dirobohkan, ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak telah menyarankan kedua-duanya untuk  mewariskan hak penjagaan rumah itu kepada anak-anak mereka. Namun, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh lelaki berkenaan yang berkeras mahu merobohkan rumah berkenaan.

Salah seorang ahli keluarga lelaki berkenaan mengaku rumah tersebut dibina dengan bantuan kewangan daripada ayah kepada lelaki tersebut.

Setelah mendengar penjelasan itu, bekas isteri  bersama-sama ibu bapanya turut pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh lelaki berkenaan. Mereka terpaksa akur selepas tindakan perobohan itu telahpun mencapai persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

 

BACA: Mujur Sempat Elak, Detik Cemas Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Belon Udara

Sumber: Tribun News

Nurul Nazihah