Siakap Keli
pesawat penumpang berlanggar belon udara
Sumber: The Sun UK

Mujur Sempat Elak, Detik Cemas Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Belon Udara

Mujur Sempat Elak, Detik Cemas Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Belon Udara

Penumpang-penumpang sebuah pesawat penumpang berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki mereka hampir bertembung dengan sebuah belon udara panas di ketika berada di ruang udara Brazil.

Situasi cemas yang sempat dirakam oleh penumpang dan kru kabin itu menunjukkan saat-saat genting dimana kedudukan pesawat berada sangat hampir dengan belon udara panas tersebut. Berdasarkan rakaman itu juga, belon udara panas berkenaan berada pada kedudukan sayap pesawat belah kiri.

Menurut laporan dari The Sun UK, pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Doha pada pagi Ahad itu terpaksa membuat gerakan mengelak mendadak ketika menghampiri landasan panjang di Sao Paolo untuk mendarat.

Seorang penduduk tempatan, Rafael Freitas turut berjaya merakam kejadian tersebut yang menunjukkan kedudukan lebih jelas antara pesawat dengan belon udara panas berkenaan.

Difahamkan, penerbangan QR 779 itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat. Jurucakap syarikat penerbangan turut memaklumkan bahawa juruterbang mengikuti protokol keselamatan yang ditetapkan dalam insiden tersebut.

The Sun turut melaporkan bahawa belon udara panas itu diterbangkan tanpa pemandu dan membawa kain rentang pengiklanan. Menurut undang-undang Brazil, menerbangkan belon udara panas tanpa pemandu merupakan satu kesalahan, lebih-lebih lagi di kawasan larangan seperti lapangan terbang.

Lanjutan daripada itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan bunga api atau melancarkan belon udara panas berhampiran dengan lapangan terbang. Hal ini kerana perlanggaran darat atau udara antara pesawat biasanya boleh mengancam nyawa seseorang.

BACA: Tular, Langit ‘Bertukar’ Hijau Sebelum Berlaku Ribut Gemparkan Warga Dakota, Amerika

BACA:  Macam Hotel ‘5 Star’, Ketahui Sebab Kenapa Penjara Paling Mewah Di Dunia Ini Dibina

Sumber: The Sun UK

Nurul Nazihah