Umat Islam di seluruh dunia kini sedang menanti detik sambutan Aidiladha tidak lama lagi. Dalam masa sama, ratusan ribu umat Islam juga sedang sibuk melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci.
Seperti yang kita ketahui, laungan Labbaikallahumma labbaik sekarang sedang bergema di Masjidil Haram. Sungguh, sangat beruntung bagi mereka yang berpeluang untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
Difahamkan, bukan mudah untuk mempersiapkan segala persiapan, terutamanya melibatkan sejumlah kos yang agak tinggi. Tidak kurang juga, ada yang perlu bersabar menanti giliran bertahun lamanya.
Namun haji inikan satu ibadah, malah menjadi rukun lagi bagi yang berkemampuan. Sudah semestinya ia menuntut kepada kesanggupan seseorang itu untuk mengorbankan harta, tenaga dan masa deminya.
Manakala bagi kita yang masih belum berkemampuan untuk ke sana, tidak mengapa. Mungkin rezeki untuk kita adalah pada tahun-tahun mendatang, seperti yang sudah tertulis olehNya sejak azali.
Orang kata, kalau tidak dapat pergi pun, tapi selagi boleh melihat bagaimana situasinya secara langsung melalui lensa kamera mahupun paparan media sosial, itu juga sudah cukup memadai.
Justeru, Siakap Keli kali ini mahu berkongsi siaran langsung ibadah haji 2022 dari Tanah Suci menerusi media rasmi dua masjid suci (Masjidil Haram & Masjid Nabawi), iaitu Haramain Sharifain.
Buat masa ini (ketika artikel ini disiarkan), Haramain Sharifain sedang menyiarkan lintas langsung suasana jemaah bergerak dari Arafah ke Muzdalifah. Dapatlah anda lihat di sini suasana ratusan ribu manusia berihram putih memenuhi segenap ruang.
https://www.facebook.com/hsharifain/videos/765509578194851
Foto-foto menarik ibadah haji
Sementara itu, Haramain Sharifain juga turut memuat naik beberapa foto menarik memaparkan situasi ibadah haji di sana sekarang. Antara yang menarik perhatian adalah kehadiran jemaah haji cilik dari beberapa negara.
Pictures: Childrens accompanied by their parents on the #Hajj journey.#Hajj2022 pic.twitter.com/eQeYwYgYrR
— Haramain Sharifain (@hsharifain) July 8, 2022
Terjemahan khutbah haji dalam Bahasa Melayu
Seperkara yang menarik perlu anda tahu, khutbah haji juga sudah diterjemahkan ke dalam 14 bahasa terpilih mewakili beberapa negara/kawasan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Urdu, Bahasa Parsi, Bahasa Melayu dan banyak lagi.
Jika ingin mendengar khutbah haji dalam terjemahan Bahasa Melayu, anda boleh mendengarnya di laman web Haramain Sharifain atau klik saja gambar di bawah. Nampak tu, ada terjemahan Bahasa Melayu!
Semoga ibadah haji yang dijalankan oleh jemaah pada tahun ini menjadi haji yang mabrur dan diterima Allah SWT. Untuk kita yang masih belum berpeluang, simpanlah azam di hati. InsyaAllah akan dipermudahkan nanti.
Selamat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna & selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dari Siakap Keli!
Sumber: Haramain Sharafain