Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bakal Jemaah Haji 2027 Perlu Bersedia, Ini Lima Proses Menjawab Tawaran Haji

Lima proses menjawab Tawaran Haji
Kredit: Bernama

Bagi yang sudah lama menantikan berita ini, Surat Tawaran Haji bagi Musim Haji 1448H/2027M akan mula dikeluarkan bermula hari ini, 21 September 2026.

Menerusi perkongsian Tabung Haji di Facebook, bakal jemaah yang menerima tawaran perlu membuat beberapa persediaan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut, termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapatkan suntikan vaksin yang ditetapkan serta memastikan simpanan mencukupi untuk bayaran haji.

Bagi memudahkan urusan, berikut merupakan lima proses yang perlu dilakukan oleh bakal jemaah selepas menerima tawaran Haji 1448H/2027M.

Lima proses menjawab Tawaran Haji 1448H/2027M

  1. Layari THiJARI

Bakal jemaah perlu melayari laman web THiJARI di www.thijari.com.my untuk menyemak dan mengurus surat tawaran Haji.

  1. Jalani pemeriksaan kesihatan

Bakal jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan membawa MyKad dan surat tawaran Haji.

Status kelulusan pemeriksaan kesihatan juga boleh disemak menerusi aplikasi MySejahtera.

  1. Dapatkan suntikan vaksin

Pastikan mendapatkan suntikan vaksin yang diwajibkan sebelum menunaikan ibadah Haji.

Bakal jemaah juga boleh mendapatkan suntikan vaksin pilihan mengikut keperluan.

Kredit: Facebook Tabung Haji
  1. Pastikan simpanan mencukupi

Bakal jemaah perlu memastikan jumlah simpanan dalam akaun Tabung Haji mencukupi bagi membuat bayaran haji yang ditetapkan.

  1. Terima atau tolak tawaran

Selepas semua persediaan dan keperluan dipenuhi, bakal jemaah perlu melayari semula THiJARI untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran Haji tersebut.

Semoga segala urusan bakal jemaah Haji 1448H/2027M dipermudahkan dan diberikan kesihatan serta kelancaran dalam membuat persiapan menuju perjalanan ke Tanah Suci.

Intipati
  • Surat Tawaran Haji 1448H/2027M mula dikeluarkan bermula 21 September 2026.
  • Bakal jemaah perlu menyemak tawaran melalui THiJARI dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • Mereka juga perlu mendapatkan vaksin, memastikan simpanan mencukupi dan menjawab tawaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan