Siakap Keli
bekerja di dubai
Gambar: FB Irfan Khairi

Hanya Dua Langkah Mudah, Irfan Khairi Dedah ‘Rahsia’ Cara Nak Bekerja Di Dubai

Pernahkah anda terfikir untuk bekerja di luar negara khususnya di Dubai? Seorang usahawan terkenal, Irfan Khairi mendedahkan cara mudah untuk bekerja di negara tersebut.

Dubai merupakan sebuah bandar yang paling popular di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bahkan hingga ke peringkat global selepas ibu negaranya, Abu Dhabi.

Ia adalah sebuah bandar yang berkembang pesat dan membuka peluang pekerjaan yang tinggi. Jadi tidak hairan di Dubai kebanyakan pekerja adalah berasal dari luar negara.

Pelbagai tempat menarik yang boleh didapati termasuklah bangunan pencakar langit seperti Menara Burj Khalifa. Tambahan pula, nilai mata wang di Dubai adalah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Jadi, bagaimana cara mudah untuk memohon perkerjaan di bandar Dubai? Untuk itu, mari kita ikut perkongsian yang dibawakan oleh Irfan Khairi di laman Facebook miliknya.

Senang je nak dapat kerja di Dubai!

Gambar: FB Irfan Khairi

Betul anda nak tahu?

Tenaga kerja di Dubai/UAE 90% adalah dari negara luar. Oleh itu memang ada banyak peluang orang luar untuk dapat kerja di Dubai. Ekonomi di sini dijalankan oleh orang asing.

Sebab tu la di sini ada 700,000 orang Filipina, 200,000 orang Indonesia, sejuta lebih orang Pakistan, beratus ribu orang China dan 2-3 ribu orang Malaysia. Dan banyak lagi.

Kalau anda diberi peluang, berminat tak untuk kerja di luar negara?

Dubai memang membuka banyak peluang pekerjaan kepada orang luar. Nak harapkan orang Arab mereka je, memang tak cukup.

So, macam mana nak dapat kerja di Dubai?

Langkahnya mudah je.

Langkah pertama adalah, seperti biasa, guna laman web cari kerja di Dubai. Memang ada banyak. Dan cari la kerja yang diinginkan.

Hantar CV anda secara online je.

Langkah seterusya, akan diadakan temubual melalui zoom. Temubual kerja melalui zoom adalah suatu yang biasa di sini.

Dan jika anda diterima kerja, syarikat tersebut akan uruskan segala-gala document untuk anda bekerja (Work visa) dan menetap di Dubai (Residency). Memang undang-undang untuk syarikat uruskan segala-galanya.

Settle!

Tapi flight kena bayar sendiri la. Bergantung kepada kerja, sesetengah tempat kerja juga memberi kemudahan tempat tinggal.

Dalam banyak-banyak negara, kalau anda diberi peluang, anda pilih negara mana untuk kerja?

Ada yang tanya, perlu guna agent tak kalau nak dapatkan kerja di Dubai? Kalau ikut cara di atas tak perlu pun.

Kalau menjalankan perniagaan seperti saya, lain pula prosesnya. Ni kalau nak cari kerja.

Dalam keadaan harga barangan yang meningkat kini, mungkin anda nak mulakan perniagaan sambilan. Jika anda ingin tahu perniagaan apa yang terbaik dan menguntungkan, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com

Ramai yang telah mendapat idea perniagaan sambilan melalui webinar percuma ini.

-ik

dubai

Di ruangan komentar, Irfan turut berkongsi tiga jenis laman web cari kerja paling popular di Dubai.

Sumber: Facebook Irfan Khairi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?