Siakap Keli
seller dari rumah

Buat COD Tak Dapat ‘Cover’ Kos Minyak Kereta, Ini Punca Seller Dari Rumah Selalu Rugi Walau Berpuluh ‘Order’ Sehari

Bila kita ni dah jadi seller dari rumah, macam-macam dugaan yang akan kita hadapi. Nampak macam senang, tapi ada cabarannya lagi-lagi bila usahakan sendiri. Dialah nak iklankan, dialah yang nak packing, hantar barangan pun dia juga.

Kalau dah berniaga dari rumah, mestilah kita akan buat Cash On Delivery(COD) juga. Tetapi, ada pelbagai cabaran COD ni yang ramai tak tahu. Contohnya seperti masa yang terhad untuk fokus kepada bisnes. Apabila peniaga sendiri yang kena buat penghantaran, masa untuknya memasarkan produk kepada lebih ramai orang akan menjadi terhad. Perkara ini kerana peniaga tersebut sentiasa berada di dalam perjalanan untuk menghantar pesanan dari pelanggan.

Bukan itu sahaja, peniaga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh sekiranya pelanggan mereka berada di tempat yang agak jauh. Bila dah perlu memandu dalam jarak yang jauh, semestinya kos petrol pula yang dirisaukan. Kadang-kadang kos COD yang diberikan kepada pelanggan sebenarnya tidak dapat meliputi keuntungan barangan tersebut. Malah, ada yang rugi disebabkan kos untuk COD adalah lebih mahal berbanding keuntungan yang diperolehi..

Tak terhenti di situ, malahan ada juga yang risau untuk menggunakan aplikasi penghantaran kerana risau dengan kos penghantaran. Realitinya, anda perlu tahu bahawa jika anda buat COD, kos tol dan petrol adalah signifikan. Masa yang digunakan oleh seller pula sangat berharga. Ada juga seller yang risau penggunaan aplikasi penghantaran akan mengelirukan, tapi sebenarnya proses tempahan penghantaran mudah saja.

Apa kata anda sebagai seller, ambil peluang dengan mula mencuba aplikasi penghantaran seperti GrabExpress. Menariknya, mereka juga ada pelan subscription yang boleh berikan anda diskaun untuk setiap penghantaran. Jimat masa, jimat kos kan?

Pelan Subscription Super Sender GrabExpress

Bukan nak kata apa, kerja penghantaran anda akan jadi lagi mudah dengan adanya GrabExpress. Tak tahu apa itu GrabExpress? GrabExpress merupakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang membantu anda menghantar barangan seperti dokumen, bungkusan dan hadiah kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan, keluarga dan rakan anda.

Uniknya, GrabExpress telah menyediakan pelan subscription Super Sender GrabExpress yang membolehkan peniaga menjimatkan kos penghantaran melalui diskaun 5% yang ditawarkan untuk setiap penghantaran. Malahan, mereka boleh menikmati penjimatan lebih RM150 sebulan dengan melanggan pelan subscription ini.

  • Tiada tambang minima untuk nikmati diskaun
  • Tiada had diskaun
  • Sah untuk semua servis GrabExpress

Berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut? Anda boleh ketahui lebih banyak info atau langgani sekarang dengan klik di pautan INI

Selain itu, GrabExpress juga menawarkan Jaminan Penghantaran (Delivery Guarantee) yang menyediakan pampasan untuk penghantaran anda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. 

Setiap penghantaran GrabExpress anda dilindungi sehingga RM1,000 secara PERCUMA. Hantar barang yang lebih mahal? Pilih taraf Standard atau Premium untuk pampasan sehingga RM6,000. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh klik di pautan INI.

Terdapat juga ciri-ciri mesra penjual GrabExpress yang anda perlu tahu jika anda berniaga dari rumah!

Tapi sebelum tu mestilah kena tahu cara nak gunakan GrabExpress ni kan? Jangan risau sebab kami akan kongsikan caranya ‘step by step’ bagi memudahkan anda faham.

Cara Menggunakan Super Sender GrabExpress?

Apabila anda dah mula melanggan Super Sender GrabExpress, semestinya anda tertanya-tanya bagaimana pula cara menggunakan pelan subscription tersebut. Untuk pengetahuan anda, caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah ini:

  • Klik Express dan masukkan lokasi pengambilan dan penghantaran 
  • Masukkan butiran penghantaran.
  • Kemudian ikuti langkah di bawah untuk menggunakan voucher: 

Nak tempah banyak penghantaran pada masa yang sama? Jangan risau, anda juga boleh menggunakan portal GrabExpress Web ini.

Melalui ciri muat naik pukal, anda boleh membuat banyak tempahan sekaligus dengan memuat naik spreadsheet. Kini, anda juga boleh menggunakan baucar Super Sender dan nikmati diskaun untuk tempahan melalui portal web.

Dengan adanya GrabExpress, dapatlah anda sebagai seller untuk lebih fokus pada bisnes. Tak perlu nak bersusah-payah atau pening kepala memikirkan kerja-kerja penghantaran.

Klik-klik je barang dah sampai kepada pelanggan. Kalau ada suri rumah yang baru mula nak berniaga pun boleh fokus kembangkan bisnes dan tak perlu risau nak angkut anak-anak untuk hantar barang. Sebabnya, ada rakan-penghantar Grab boleh tolong mudahkan penghantaran anda dengan super pantas yang super jimat. Langgan pelan subscription Super Sender sekarang!

Adib Mohd