Siakap Keli
Grab

Buat Grab Boleh Cecah Pendapatan Hampir RM6k, Ini Anggaran Gaji Yang Korang Tak Tahu

Mungkin ada di antara anda yang sudah berpuas hati dengan pendapatan yang diperoleh. Tetapi, mempunyai pendapatan tambahan amat penting lebih-lebih lagi jika anda mempunyai perancangan jangka panjang. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Kebanyakan daripada anda ni mesti nak cari pendapatan tambahan untuk perbelanjaan harian.

Begitu juga dengan golongan kurang upaya (OKU). Mungkin ada dikalangan mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan bandar. Menerusi perkongsian cerita oleh seorang lelaki OKU bernama Yap, beliau menambah pendapatan dengan mula melakukan tugas sebagai seorang pemandu Grab. Ikuti perkongsian beliau:

“Sebelum menyertai Grab, saya berkhidmat sebagai Site Supervisor. Namun ketika saya sedang bertugas kira-kira lapan tahun yang lalu, saya terjatuh dari tangga dan mengalami kecederaan belakang. Kecederaan tersebut membuatkan saya sentiasa dalam kesakitan, sukar untuk berjalan dan tidur. Selepas melakukan imbasan MRI, doktor mengesyorkan pembedahan dengan segera.

Setahun selepas pembedahan tersebut, saya kembali bekerja. Tetapi, saya sukar untuk melakukan sebarang kerja berat yang merupakan sebahagian daripada tugas saya.

Rakan-rakan saya kemudiannya mencadangkan saya untuk cuba memandu Grab dan saya mengambil nasihat mereka. Saya mendaftar dan memandu secara sambilan.

Pada tahun 2015, imbasan MRI mengesahkan bahawa kecederaan belakang saya kembali berulang. Namun kali ini, doktor perlu membedah tulang belakang saya dan memasukkan skru. Selepas pembedahan tersebut pada 2017, saya sukar berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang lama. Akhirnya, saya meninggalkan pekerjaan saya dan memandu Grab sepenuh masa.

Saya sangat bersyukur apabila pendapatan daripada memandu Grab sangat menguntungkan, jauh lebih tinggi daripada yang saya peroleh sebagai Site Supervisor. Insentif yang diperoleh daripada GrabBenefits juga banyak membantu saya.

Memandangkan saya seorang OKU berdaftar, nasihat saya kepada pemandu OKU yang lain adalah sentiasa ada perancangan untuk bekerja dan rehat yang cukup. Jangan bekerja sepanjang hari. Rehat sebentar setiap tiga jam supaya tidak mudah berasa letih. Bagi saya, memandu Grab ialah pilihan pendapatan yang hebat dan fleksibel untuk golongan OKU.”

Buat Grab Boleh Boleh Menjana Lebih Dari RM 6K Sebulan?

Haa, tengok tu. Mesti anda susah nak percaya yang memandu Grab ni boleh dapat pendapatan lebih RM 6,000 sebulan, betul tak? Jangan risau, kalau anda tak yakin, anda boleh rujuk jadual pengiraan yang dah disediakan dekat bawah ni. Siap ikut jenis servis lagi.

pendapatan

Bukan itu je, anda tahu tak ada sebab-sebab mengapa korang patut drive or ride dengan Grab. Jom kita ketahui sebab-sebabnya:

Motosikal

  • Pendapatan sehingga RM 20/jam
  • Pengeluaran tunai setiap hari serta waktu kerja yang fleksibel
  • Perlindungan peribadi PERCUMA untuk kemalangan di jalan raya.
  • Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan GrabBenefits
  • Daftar dan mula bekerja dalam masa 5 hari
  • Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan (referrals)

Kereta (Penghantaran)

  • Pendapatan sehingga RM 16/jam
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pengeluaran tunai setiap hari
  • Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan GrabBenefits
  • Daftar dan mula bekerja dalam masa 5 hari
  • Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan (referrals)

Kereta (e-Hailing)

  • Pendapatan sehingga RM 30/jam
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pengeluaran tunai setiap hari
  • Pembayaran balik sehingga 100% kos lesen e-Hailing korang daripada Grab
  • Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan GrabBenefits
  • Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan (referrals)

Kenali GrabBenefits

Asyik cakap pasal memandu Grab je, anda perasan tak ada disebutkan pasal GrabBenefits? Untuk maklumat anda, GrabBenefits merupakan sebuah program bermanfaat yang eksklusif dianjurkan oleh Grab. Mereka juga faham bahawa untuk menjana pendapatan anda dengan yakin, semua aspek kesejahteraan perlu diutamakan.

Aspek-aspek ini termasuk perlindungan sekiranya berlaku kemalangan, keselamatan sosial, keyakinan kewangan, sokongan kos operasi, dan juga dari segi self-development.

Ada 3 kategori GrabBenefits yang cukup untuk meyakinkan anda untuk memandu dengan Grab iaitu:

pendapatan

Kalau anda berminat, apa kata anda pergi ke laman web Grab yang disediakan di SINI untuk mula mendaftar. Anda juga boleh ikuti akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Apa anda tunggu lagi, jom tambah pendapatan anda dengan mula memandu Grab sekarang!

Adib Mohd