Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia, Petronas sahkan bahawa dua anak syarikatnya di Azerbaijan telah dirampas seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.
Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya merujuk kepada laporan Financial Times bertajuk ‘Anak syarikat PETRONAS dirampas ketika peguam menekan tuntutan $15 bilion ke atas Malaysia’.
“Kami mengesahkan bahawa dua anak syarikat (kami) seperti yang dinyatakan dalam laporan tersebut telah diberikan Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022.
“Petronas ingin menjelaskan bahawa anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus sebelum ini telah melepaskan keseluruhan asetnya di Republik Azerbaijan dan hasilnya dihantar pulang dengan sewajarnya.
Sehubungan itu, Petronas melihat tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedudukan undang-undangnya mengenai perkara ini,” maklum kenyataan itu.

Terdahulu, peguam yang mewakili waris kepada Kesultanan Sulu dilapor merampas dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM8.87 bilion baru-baru ini, lapor Financial Times menerusi Sinar Harian.
Difahamkan, seperti yang dilaporkan Financial Times, kedua-dua syarikat berkenaan yang dirampas bailif di Luxembourg itu ialah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus.
Menurut laporan, rampasan tersebut adalah sebahagian daripada usaha perundangan yang dilakukan waris kesultanan itu, selepas tuntutan RM62.59 bilion daripada Malaysia sebagai pampasan timbang tara sebelum ini.
Sumber : Petronas