Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Situasi Kewangan Negara Stabil, Hutang Di Tahap Terkawal – MOF

Faiz Mustafa
Situasi Kewangan Negara
Gambar via Bernama

Situasi Kewangan Negara Stabil, Hutang Di Tahap Terkawal – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang Kerajaan Persekutuan berada di tahap terkawal.

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz menegaskan dalam kenyataan tersebut mengenai aspek penting dalam pengurusan hutang iaitu kemampuan berhutang (debt affordability) dan kemampanan hutang (debt sustainability).

“Dalam hal ini, hutang Kerajaan Persekutuan jelas masih berada dalam keadaan terkawal berdasarkan beberapa faktor termasuk Kerajaan amat berdisiplin dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang yang matang.

Ia sekaligus menjadi bukti kemampuan dan reputasi Malaysia sebagai penghutang yang memiliki rekod yang baik.

“Selain itu, 97% daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah dalam denominasi Ringgit. Jadi, ini mencerminkan pengurusan hutan berhemat kerana pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing (foreign exchange risk) adalah minimum,” jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, beliau berkata bahawa paras hutang yang tinggi bukanlah bermaksud negara mempunyai risiko akan mengalami kebangkrapan.

Agensi penarafan antarabangsa seperti S&P Global, Fitch dan Moody’s akan sentiasa menilai tahap hutang sesebuah negara bersama faktor lain seperti rangka kerja fiskal berhemat, tadbir urus yang utuh dan kedudukan luaran yang baik.

“Pihak Dana Tabung Kewangan AntArabangsa (IMF) turut mengakui bahawa kedudukan hutang Malaysia masiH berada pada paras yang terurus.

“Baru-baru ini, S&P menjangkakan bahawa perancangan dasar kerajaan akan menyokong pengukuhan kedudukan fiskal negara,” tambahnya.

Sumber : MOF