Siakap Keli
Gambar: The Statesman

Berang Kambing Ceroboh Ladang, Lelaki Tergamak Bunuh & Keluarkan Bayi Dari Perut Wanita Hamil

Berang Kambing Ceroboh Ladang, Lelaki Tergamak Bunuh & Keluarkan Bayi Dari Perut Wanita Hamil

Seorang lelaki telah didakwa membunuh dan mengeluarkan bayi dalam perut wanita hamil dalam kejadian di Ghana, lapor Mirror.

Lelaki tersebut dilaporkan telah berjaya ditangkap dan kini bakal didakwa atas tuduhan melakukan serangan ke atas seorang wanita hamil berusia 30 tahun di Atobra, pinggir bandar Tepa di Wilayah Ashanti di Ghana.

Suspek yang berusia 25 tahun itu nyaris digantung oleh penduduk tempatan yang hampir berjaya menceroboh masuk ke dalam selnya kerana berang ke atas jenayah yang dilakukannya.

Menurut saksi, pembunuhan tragis itu didakwa berpunca daripada salah faham selepas kambing milik mangsa menceroboh ladang suspek dan memakan sebahagian tanamannya.

Dipercayai bahawa pembunuhan itu berlaku pada 20 Jun lalu sejurus sebelum khabar angin tersebar bahawa suspek telah membunuh dua wanita.

Komander Polis Daerah Tepa, Superintendan Martin Asenso mengesahkan kes pembunuhan tersebut.

“Suspek pada mulanya telah datang untuk membuat aduan berkenaan beberapa kambing penternak telah sesat dan memakan hasil ladangnya.

“Ketika dia berdepan dengan para penternak itu, mereka telah mengerat tangannya menggunakan parang,” ujar Asenso.

Asenso juga turut menambah, beberapa anak muda yang berang telah datang ke balai polis dan mendakwa bahawa suspek telah membunuh dua wanita kerana kambing mereka turut memakan jagung milik suspek.

Turut dilaporkan bahawa suspek didakwa cuba membunuh ipar wanita hamil tersebut, namun mangsa berjaya melarikan diri.

Laporan awal mendapati kedua-dua mangsa telah terbunuh dalam serangan tersebut.

Seorang jiran dilaporkan berkata: ‘Saya telah dimaklumkan setelah mendapat panggilan kecemasan, jadi saya terus bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

“Suspek dilihat luka dan turut melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Perbuatan ini sangat kejam dan dia harus dibawa ke muka pengadilan.”

Pihak berkuasa dilaporkan telah memindahkan suspek ke dalam tahanan polis wilayah bagi mengelakkan penduduk tempatan cuba membunuhnya.

Sumber: Mirror

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Aqmal Ezany

I write what is right