Siakap Keli
Mayat lelaki
Gambar via Awani

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Torehan Di Kampung Kuchai

Mayat seorang lelaki ditemui di bangunan Galeri Aminuddin Baki di Kampung Kuchai dengan beberapa kesan torehan di kaki dan juga tangan pada Khamis, 14 Julai 2022, lapor Astro Awani.

Orang awam menyedari keadaan mangsa berusia 54 tahun itu sekitar jam 3.30 petang sebelum melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi mereka mendapati mayat mangsa terbaring di depan pintu bangunan itu dengan beberapa kesan darah pada bahagian kaki dan juga pergelangan tangan. 

Ddalam kenyataan itu juga beliau berkata terdapat dua buah pisau lipat berada berhampiran dengan mangsa. Walau bagaimanapun, pasukan penyiasat melaporkan tiada sebarang unsur pergelutan atau jenayah lain. 

Kawasan berkenaan juga didapati tiada kamera CCTV dan saksi awam yang berada di tempat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. 

Menurut Yahaya, mangsa dipercayai merupakan seorang gelandangan dan terdapat juga beberapa rekod perubatan yang dijumpai dalam beg mangsa dan kali terakhir mangsa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada 25 Mei lalu. 

Dalam pada itu, mangsa juga merupakan salah seorang pesakit HIV merujuk kepada kad temu janji yang bertarikh 18 Oktober 2022. Mayat mangsa akan dibedah siasat pada Jumaat dan telah dibawa ke Jabatan Forensik HRPB. 

BACA: Cekal & Berdedikasi, PDRM Kehilangan Seorang Operatif UTK Disegani

BACA JUGA: Tanzania Dilanda Penyakit Misteri Sebabkan Hidung Berdarah, 3 Maut Setakat Ini

Sumber: Awani

Faiz Mustafa