Siakap Keli
Gambar: Thaiger

Padah Curi Patung Terbiar, Pasangan Kekasih Nekad Pulangkan Ke Tempat Asal Lepas Didakwa ‘Diganggu’

Padah Curi Patung Terbiar, Pasangan Kekasih Nekad Pulangkan Ke Tempat Asal Lepas Didakwa ‘Diganggu’

Sepasang kekasih di Thailand dilaporkan telah memulangkan kembali patung Hello Kitty yang diambil mereka di sebuah tapak pelupusan sampah kerana didakwa diganggu, lapor Thaiger.

Patung yang diambil dari dalam sebuah kereta di tapak pelupusan tersebut dikatakan milik seorang pemandu yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Kereta yang rosak itu difahamkan telah dibawa ke tapak pelupusan sampah di daerah Mueang.

Patung Hello Kitty gergasi milik tuan kereta itu telah ditinggalkan di tempat duduk belakang. Difahamkan bahawa patung tersebut tidak terkesan dengan kemalangan itu dan berada dalam keadaan sempurna.

Rakan mendiang menyatakan bahawa mereka telah membelikan patung itu untuk pemandu kereta tersebut sebagai hadiah hari jadi.

Pada petang Selasa, CCTV telah berjaya merakamkan seorang lelaki dan seorang wanita berhenti di tempat pelupusan sampah tersebut dan mencuri patung berkenaan.

Pada jam 2 pagi keesokan harinya, pasangan itu didapati telah kembali ke tempat kejadian. CCTV tersebut memaparkan pasangan itu keluar dari kereta mereka dan mencampakkan patung Hello kitty berkenaan ke tanah.

Ketika pemilik tapak pelupusan sampah tersebut menonton rakaman berkenaan, dia berasa aneh kerana tidak mengetahui motif kedua-dua mereka mengembalikan patung terbabit.

Selepas identiti pasangan itu berjaya dikenal pasti, mereka ditanya berkenaan motif tindakan mereka memulangkan semula patung tersebut.

Wanita itu menyatakan bahawa pada malam dia mencuri patung Hello Kitty tersebut, dia telah ternampak bayangan seorang budak kecil di dalam bilik tidurnya.

Kemudian, dia merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang mencekiknya. Disebabkan itu, mereka nekad membawa patung Hello Kitty berkenaan ke tempat yang mereka temui pada mulanya.

Sumber: Thaiger

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Aqmal Ezany

I write what is right