Siakap Keli

Penyokong Indonesia Mahu PSSI Tinggalkan AFF Dan Sertai EAFF

Penyokong Indonesia Mahu PSSI Tinggalkan AFF Dan Sertai EAFF selepas kegagalan skuad bawah 19 tahun Indonesia dalam kejohanan AFF U-19 baru-baru ini.

Hari ini suasana bola sepak Asia Tenggara makin panas apabila semua mata tertumpu kepada negara jiran kita, Indonesia yang masih lagi berang dengan kegagalan skuad bawah 19 tahun mereka dalam kejohanan AFF U-19 baru-baru ini.

Terbaharu, penyokong Garuda menyerang akaun Instagram Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) sejak Jumaat yang lalu. Bukan sebagai tanda protes, tetapi satu desakan kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk meninggalkan badan induk Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

sumber: Newsdeliver

Penyokong Indonesia sangat berharap EAFF setuju mengundang pasukan Indonesia untuk menyertai badan induk bola sepak Asia Timur itu yang dianggotai 10 negara termasuk Jepun, China dan Korea Selatan.

Tindakan ini jelas berlaku selepas penyokong Indonesia masih belum menerima kegagalan pasukan Indonesia bawah 19 tahun dalam kejohanan AFF U-19 baru-baru ini. Indonesia gagal mara ke peringkat separuh akhir hanya kerana tewas “head-to-head” dengan Vietnam dan Thailand meskipun mengumpul mata yang sama iaitu 11 mata.

Sejak kejadian itu, penyokong Indonesia dipercayai tidak berpuas hati dengan kejohanan yang dianjurkan AFF dan ada baiknya PSSI menyertai EAFF kerana mungkin mereka berpendapat EAFF mempunyai negara anggota yang lebih hebat dari segi kedudukan ranking FIFA berbanding AFF.

Selepas akaun EAFF diserbu oleh penyokong Indonesia, hanya dalam masa sehari sahaja pengikut Instagram EAFF meningkat dari 10,000 kepada 20,000 pengikut. Selepas 3 hari isu ini berterusan, akaun itu kini hampir memiliki 40,000 pengikut.

Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) yang diasaskan pada 28 Mei 2002, merupakan badan pentadbir antarabangsa Persatuan Bola Sepak di Asia Timur. Negara-negara anggota EAFF adalah, China, Chinese Taipei, Guam, Hong Kong, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Macau, Mongolia dan Kepulauan Mariana Utara.

Sumber: Bola.com

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)