Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Warna Susu Ibu: Ada Putih, Kuning & Hijau, Bagaimana Dan Kenapa Ia Berubah-ubah? Ini Jawapannya

Susu ibu boleh memiliki pelbagai warna. Kebiasaannya ia berwarna kekuningan, putih, lut cahaya, krim, perang cair atau kebiru-biruan.  Walau bagaimanapun,  warna susu ibu juga boleh berubah selain warna-warna yang dinyatakan tadi mengikut gaya hidup yang diamalkan ketika sepanjang fasa penyususan,

Berdasarkan Variations in the Color of Breast Milk, warna susu badan bergantung pada apa yang dimakan  dan diminum oleh ibu. Ia boleh kelihatan seperti warna hijau, merah jambu ataupun sediktt kemerahan. Kadang-kadang, sedikit darah yang terdapat pada susu badan akan memberikan warna perang atau warna karat.

Anda akan menyedari bahawa warna susu badan akan berubah dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, warnanya juga boleh berubah dalam masa sehari sahaja atau pada masa penyusuan.  Anda mungkin tertanya-tanya, apakah warna yang normal bagi susu badan? Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu mengenai warna susu badan dan indikatornya.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Warna susu ibu berubah mengikut tahap

Semasa beberapa minggu selepas melahirkan cahaya mata, susun badan anda akan berubah secara drastik. Bukan sahaja dari segi komposisi mahupun kuantiti, perubahan ini juga didapati pada warna susu ibu. Jadi, apa warna yang sepatutnya bagi susu ibu? Berikut merupakan perubahan warna susu badan yang normal mengikut tahap.

Kolostrum merupakan susu awal yang badan anda hasilkan. Anda hanya mampu menghasilkan kolostrum dalam kuantiti yang sedikit akan tetapi, ia pekat dan tinggi nutrisi. Dalam beberapa senario, kolostrum berwarna jernih dan cair tetapi ia lebih kerap ditemui dalam warna kuning atau jingga dan teksturnya pekat. Berdasarkan Carotenoids of human colostrum, kandungan beta karotena yang tinggi dalam kolostrum memberikannya warna kuning atau jingga.

Dalam Breastfeeding, A Guide for the Medical Profession, beberapa hari selepas penghasilan kolostrum, penghasilan susu badan akan meningkat dan tubuh badan akan mula menghasilkan susu peralihan. Dalam tempoh masa peralihan dua minggu, warna susu ibu akan berubah daripada berwarna kuning kepada warna putih.

Selepas dua minggu, badan anda akan mencapai tahap penghasilan susu matang. Rupa susu matang berubah mengikut kandungan lemak di dalamnya. Terdapat dua fasa dalam penghasilan susu matang iaitu formilk dan hindmilk. Secara umumnya, ketika susu matang mula-mula dihasilkan daripada payudara anda, teksturnya cair dan kurang mengandungi lemak. Susu jenis ini dipanggil sebagai foremilk. Memandangkan teksturnya cair, ia cenderung untuk memiliki warna kebiruan.

Apabila anda dalam proses penyusuan anak, kandungan lemak dalam susu badan juga meningkat. Disebabkan peningkatan kandungan lemak, susu ibu yang pekat ini dipanggil sebagai hindmilk. Hindmilk memiliki warna putih yang lebih legap ataupun kekuningan.

Gambar hiasan |  Kredit: Pexels

“Tapi, warna susu badan saya tak disebut dalam senarai warna tadi? Saya normal ke?”

Beberapa makanan, herba, suplemen kesihatan dan ubat-ubatan boleh mengubah waran susu badan anda.  Bahan tambahan ini juga boleh mempengaruhi warna air kencing anda dan juga bayi anda.

Walaupun ia kelihatan sangat mengejutkan dan menakutkan, memiliki warna susu badan yang ganjil juga dikira sebagai normal. Perubahan ini biasanya berkait rapat dengan pemakanan dan tidaklah berbahaya.

Warna – warna susu ibu

Berikut merupakan variasi warna susun badan berdasarkan diet si ibu:

Warna hijau –  Berdasarkan satu kajian kes yang dilakukan Hamza Yazgan bersama pengkaji lain, kita boleh melihat ton hijau dalam susun badan kita selepas memakan sayur-sayuran ataupun makanan yang mengandungi pewarna hijau.  Warna susu badan anda berkemungkinan akan berwana kehijauan jika anda mengambil minuman seperti Gatorade, memakan sayur-sayuran yang banyak (seperti bayam dan rumpai laut) ataupun menambah herba atau suplemen vitamin dalm diet anda.

Warna merah jambu, jingga dan merah – Warna susu badan boleh berubah kepada warna merah jambu, jingga atau kemerahan selepas memakan makanan yang memiliki warna ini secara alami mahupun secara buatan manusia.  Ubi bit, soda oren dan jus oren merah atau pun  jingga akan menyebabkan susu badan anda berubah kepada beberapa jenis warna merah jambu, jingga dan merah yang berbeza.

Warna perang, karat dan seakan-akan darah – Jika terdapat darah dari dalam payudara  dalam saluran susu anda, susu ibu anda mungkin kelihatan perang, oren gelap atau berwarna karat. Apabila susu ibu kelihatan seperti air kotor daripada paip lama yang berkarat, ia dipanggil sindrom paip berkarat.

Darah juga boleh masuk ke dalam susu anda jika anda mengalami kekeringan pada puting payudara. Ia mungkin kelihatan seperti jalur merah atau merah jambu. Jangan panik. Anda tidak perlu membuang susu ibu atau berhenti menyusukan anak. Menurut  Rusty Pipe Syndrome: Counselling a Key Intervention, sedikit darah dalam susu ibu anda tidak akan membahayakan anak anda. Dalam kebanyakan kes, pendarahan akan hilang secara semula jadi dalam beberapa hari. Jika keadaan ini berterusan selepas seminggu, sila berjumpa dengan doktor.

Warna hitam – Penghasilan susu badan yang berwarna hitam dikaikan dengan antibiotik Minocin (minocycline). Minocin juga boleh menggelapkan kulit. Penggunaan Minocin sangat tidak digalakkan ketika melakukan penyusuan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk memberitahu doktor bahawa kita sedang menyusukan anak sebelum mendapat prekripsi ubat-ubatan.

Sumber: Very Well Family

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma