Siakap Keli
Kredit: @khuzaimipiee via Instagram

Rumah Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee Kena Pecah

Rumah Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee Kena Pecah

Rumah pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee dilapor telah dipecah masuk sewaktu beliau keluar menyertai latihan bersama pasukannya.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh pemain tersebut melalui beberapa hantaran di IG Story hari ini.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar dipercayai keadaan rumahnya selepas kejadian tersebut berlaku, pada 22 Mei.

Rumah Khuzaimi Piee kena pecah, motosikal dilarikan

Menurut Khuzaimi, apabila tiba di rumahnya selepas pulang daripada menjalani latihan, beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang rumah telah terbuka.

Hasil pemerikansaan yang dibuat, pemain tersebut mendakwa kehilangan beberapa barang berharga.

Difahamkan, barangan peribadi yang didakwa hilang termasuklah sebuah motosikal, beg silang pelbagai jenama dan juga pasport.

“Kepada sesiapa yang terlihat motosikal Y15 Movistar biru, plat RV1700 minta maklum kepada saya atau balai polis berdekatan,” katanya.

Ujar Khuzaimi lagi, satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan juga sudah dibuat di IPD Shah Alam pada hari yang sama untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Tiga kes melibatkan pemain negara sebelum ini yang menggemparkan tanah air

Terdahulu, pemain bola sepak JDT yang kini beraksi secara pinjaman dengan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dilapor cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun.

Kemudian, Faisal Halim yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan turut menjadi mangsa jenayah apabila disimbah asid dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.

Tidak lama selepas itu, kenderaan yang dipandu pemain JDT, Safiq Rahim pula dipecahkan oleh penyerang yang tidak dikenali menggunakan tukul.

Kejadian yang berlaku mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi ahli keluarga, rakan sepasukan dan pihak pengurusan pemain berkenaan serta penyokong setia bola sepak tanah air.

BACA: “Terima Kasih Ami, Jadi Anak Yang Baik”, Luahan Pilu Kakak Konstabel Azza Fahmi

Sumber: khuzaimipiee via Instagram

Athirah

When nothing goes right, go left.