Siakap Keli
luahan kakak konstabel fahmi

“Terima Kasih Ami, Jadi Anak Yang Baik”, Luahan Pilu Kakak Konstabel Azza Fahmi

“Terima Kasih Ami, Jadi Anak Yang Baik”, Luahan Pilu Kakak Konstabel Azza Fahmi

Awal pagi tadi, negara digemparkan dengan berita dua anggota polis maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Menurut Bernama, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata insiden serangan yang berlaku pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng, bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian. Menurut Bernama lagi, suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

luahan kakak konstabel fahmi

Luahan kakak Konstabel Fahmi, salah seorang anggota polis yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram

Menerusi Instagram Story (IG Story), kakak mangsa yang juga pemilik akaun @i.shamimie turut berkongsi video kenangan yang begitu meruntun jiwa bersama Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

“Ami buat kami sedih. Kenapa pergi Ami???? Al fatihah, terima kasih kerana menjadi anak yang baik,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram.

Video berdurasi 0:15 saat turut memaparkan Allahyarham sedang bersalaman di sebuah kawasan perumahan.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran lain, @i.shamimie turut menitipkan doa agar seluruh ahli keluarganya kekal tabah menghadapi ujian yang berlaku dalam sekelip mata ini.

“Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini, Ya Allah,” katanya lagi.

luahan kakak konstabel fahmi
Kredit: @i.shamimie

BACA: Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

BACA: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

Selain Konstabel Azza Fahmi, seorang lagi anggota polis yang terkorban dalam kejadian serangan itu adalah Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis berkenaan dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan kira-kira dua tahun, lapor BERNAMA.

Takziah diucapkan kepada kepada ahli keluarga kedua-dua anggota polis yang gugur dalam tugas pagi tadi. Semoga roh kedua-dua Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

SUMBER: @Bernama_Radio via X, @i.shamimie via Instagram

Athirah

When nothing goes right, go left.