Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden Dijangkiti Covid-19

Faiz Mustafa
joe biden covid-19
Gambar via CNN

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden Dijangkiti Covid-19

Presiden Amerika Syarikat, AS, Joe Biden dilaporkan telah dijangkiti virus Covid-19 pada Khamis, 21 Julai 2022.

Memetik CNN, dalam video yang dimaut naik oleh Joe Biden menerusi akaun rasmi miliknya, beliau bagaimanapun memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik dan kini sedang diasingkan daripada kakitangan lain serta keluarganya di Rumah Putih.

Presiden Amerika Syarikat itu yang kini berusia 79 tahun, telah menerima dua dos suntikan penggalak dipercayai hanya mengalami gejala jangkitan yang sangat ringan.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Karine Jean-Pierre, Biden akan tetap meneruskan semua tugas-tugasnya dan mengambil ubat antivirus Paxlovid.

Difahamkan, Biden akan terus bekerja secara berasingan sehingga diuji dan dilaporkan negatif selaras dengan protokol yang telah ditetapkan di Rumah Putih.

Biden turut akan menghadiri dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat menerusia telefon pintar dan juga aplikasi Zoom,

Manakala Penyelaras Covid-19 di Rumah Putih, Dr Ashish Jha berkata, beliau mengalami keletihan dengan gejala virus itu termasuklan hidung berair dan batuk kering.

BACA: Tak Mahu Guna Dolar, Rusia Dilapor Minta India Bayar Pembelian Minyak Guna Matawang Dirham

BACA JUGA: Perjuangan Melawan Penyakit Takkan Bernoktah, CEO Ini Nekad Terus Curah Bakti Pada Masyarakat

Sumber: CNN