Siakap Keli
Hujan Meteor Delta Aquariids
Gambar via 12 News Now

Purata 20 Meteor Perjam, Jangan Lepaskan Peluang Tengok Kemuncak Hujan Meteor Awal Pagi 29 Julai Ini

Banyak fenomena-fenomena angkasa lepas yang sebelum ini berlaku, tetapi mungkin kerana kita tidak tahu, kita terlepas begitu sahaja. Salah satunya adala fenomena unik dikenali sebagai Hujan Meteor Delta Aquariids.

Jika anda terlepas sebelum ini, jangan risau, fenomena Hujan Meteor Delta Aquariids dijangka dapat dilihat oleh orang ramai sehingga 22 0gos ini. Dapat dilihat bermula 12 Julai lalu, kemuncak kepada fenomena ini dijangka berlaku pada awal pagi 29 Julai ini. Ketika itu, orang awam berpeluang untuk menyaksikan purata 20 meteor perjam dan ia boleh kelihatan dalam keadaan langit yang gelap tetapi dengan bantuan cuaca yang baik.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Hujan Meteor Delta Aquariids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius. Walau bagaimanapun, ia juga boleh muncul dipelbagai arah.

Gambar: Mashable Asia

Difahamkan, fenomena ini berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 96P/ Machholz yang merupakan antara komet utama menyebebakan fenomena ini berlaku.

Selain itu, ia mengambil masa hingga 5.3 tahun untuk komet 96P/Machholz untuk melengkapkan orbitnya.

“Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

“Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang,” tulisnya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk mencerap Hujan Meteor Delta Aquariids antaranya adalah perlu pastikan pencerepan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.

Selain itu, hari mencuba untuk dapatakan permandangan langit yang luas serta jauh dari persekitaran yang bercahaya, lebih gelap, lebih baik. Dalam pada itu, sebelum pencerapan dilakukan, perlu pastikan mata sesuai dengan tahap kegelapan selama 20 minit.

Akhir sekali, tidak perlu untuk fokus pada arah buruj Aquarius sahaja untuk lihat meteor-meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai sudut dan arah pada bila-bila masa sahaja.

Sumber: MYSA

 

Faiz Mustafa