Siakap Keli
isteri abam bocey miliki vellfire
Gambar: Instagram hidayah_hamzah

Berkat Perniagaan, Isteri Abam Bocey Mampu Miliki Vellfire

Berkat Perniagaan, Isteri Abam Bocey Mampu Miliki Vellfire

Pelbagai ujian yang dilalui oleh isteri pelawak Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 31 sebelum berjaya memiliki sebuah kereta Toyota Vellfire.

Difahamkan, balu kepada Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, iaitu Siti Nur Hidayah Mohd Ali, memaklumkan bahawa pernah melihat kereta arwah suaminya itu selepas dijual.

Perkara itu tidak mematahkan semangatnya dalam menjalani hidup baru, sebaliknya dia berkecimpung dalam dunia perniagaaan seperti menjual cempedak dan barangan kosmetik.

Baru-baru ini, tular satu foto yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram, hidayah_hamzahh, memaparkan dia bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bergambar dengan sebuah kereta berwarna hitam jenis Toyota Velfire.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Hasil kerja kerasnya jelas membuahkan hasil yang sebelum ini terkait dengan isu faraid sewaktu kematian arwah Abam.

Bagaimanapun, segala kata-kata negatif dan berunsur cemuhan orang ramai nyata menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasinya untuk berjaya.

Sebelum ini, beliau sempat memuat naik hantaran mengenai kereta milik arwah suaminya di laman  Instagram miliknya. “Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami” tulis Hidayah dalam hantaran tersebut.

“Bila Hamzah besar ini la kereta ayah, ayah pernah cakap kereta ni untuk kelesaan anaknya. InsyaAllah doakan bisnes ibu erjaya. Aamin,” tulis Hidayah.

Selepas berkecimpung dalam dunia perniagaan, akhirnya hasrat dan impian isteri arwah Abam Bocey tercapai dengan pembelian kereta Toyota Velfire.

Terdahulu, Malaysia digembarkan dengan berita pemergian Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Abam merupakan seorang pelakon dan juga merupakan salah seorang ahli anggota kumpulan lawak Bocey (bersama Fad dan Achey).

Beliau yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat komplikasi demam panas.

Sumber: Instagram hidayah_hamzah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.