Dituduh Curi Jam, Remaja Dikurung & Dipukul 3 Guru Sebelum Dilaporkan Maut
INDIA – Seorang remaja berusia 15 tahun didakwa telah dikurung dan dipukul hingga mati oleh tiga orang gurunya selepas dituduh mencuri seutas jam tangan, lapor NDTV.
Mangsa dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kanpur dan mayatnya telah dihantar untuk bedah siasat.
Superitendan Kunwar Anwar Singah berkata bahawa pihak polis sedang menyiasat sekiranya serangan tersebut menjadi perhatian, maka tindakan tegas akan diambil terhadap tertuduh.
Selepas tuduhan melulu itu dibuat, dia dan rakan gurunya didakwa mengurung mangsa dalam sebuah bilik dan memukulnya tanpa belas kasihan.
Mangsa dimasukkan ke hospital tempatan ekoran keadaannya yang kritikal namun dipindahkan ke Kanpur selepas tidak menunjukkan sebarang tindak balas positif.
Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin lalu semasa menerima rawatan.
Beliau turut menambah bahawa tindakan akan diambil berdasarkan laporan bedah siasat yang menjelaskan punca kematian mangsa.
Sumber: NDTV
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”