Siakap Keli
filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Gambar: IMDB

Filem Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia – GSC

Khabar duka buat peminat Marvel, pihak Golden Screen Cinema (GSC) sebentar tadi memaklumkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Menerusi kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan itu telah diputuskan oleh Disney.

“Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda,” kata GSC.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pfbid017kxo97tLdvtAB7asjuhjRwxHbHEoUuTiNd8Bd6aEuXiGEJtSR9FyjpEGJA3VXonl

Pengumuman itu sekaligus menamatkan teka-teki peminat filem adiwira tersebut di Malaysia yang sebelum ini beberapa kali ditangguhkan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pembatalan tayangan filem itu tidak didedahkan.

Terdahulu, filem itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 tetapi ia ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan bahawa status tarikh tayangan masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).

Filem tersebut merupakan sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok dan menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sejak ditayangkan pada 8 Julai lalu, filem itu dilaporkan telah mendapat kutipan sebanyak AS$ 600 juta di seluruh dunia. Peminat filem MCU di Malaysia mungkin boleh nantikan Thor Love and Thunder ditayangkan menerusi servis penstriman Disney+ Hotsar nanti.

BACA: Status Thor Love and Thunder: Belum Ada Tarikh Tayangan Ditetapkan Di Malaysia

BACA JUGA: Tayangan Thor Love And Thunder Ditunda, Duit Akan Dipulangkan Jika Sudah Beli Tiket – GSC

Sumber: GSC, Marvel Cinematic Universe Wiki, JanBharat Times

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.