Siakap Keli
gelagat kucing sombong
Gambar: TikTok zazaliza88

“Malas Aku Layan….”, Kemain Jeling Orang , Gelagat ‘Sombong’ Kucing Ini Bikin Ramai Tak Kering Gusi

Sampai jeling-jeling orang dengan muka serius, itulah gelagat seekor kucing buat gelagat sombong setelah memandang ke arah perakam dalam satu klip video tular di media sosial baru-baru ini.

Sebut sahaja haiwan bernama kucing, pasti menjadi perhatian ramai dengan pelbagai karenah yang ditonjolkan oleh haiwan berkenaan. Haiwan ini juga menjadi peneman dan ubat kepada rasa duka pemiliknya.

Malah sifat jinak dan kecomelannya ternyata menambat hati penggemar kucing. Sebab ituah ada sahaja gelagat yang mencuit hati dipamerkan oleh mereka yang mampu membuatkan hari kita ceria.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh zazaliza88 di TikTok menunjukkan gelagat seekor kucing yang melalui kawasan yang dipercayai di hadapan pagar rumahnya.

Berdasarkan video itu, kucing berwarna hitam berkenaan sedang melintasi kawasan hadapan rumah. Bagaimanapun, haiwan itu berhenti bergerak dan menoleh ke arah perakam dengan wajah yang “tidak puas hati”.

Nak tahu macam mana muka ‘tidak puas hati’ dan sombong yang dibuat Si Bulus itu, mari saksikan video Zazaliza88 di bawah ini. Peringatan, sila tonton video dengan sabar kerana reaksi wajah kucing ini memang bikin anda ‘geram’.

@zazaliza88

Dh lama aku tggu si sombong ni lalu… Hahhaha… Baru arini dpt rakam🤣🤣🤣 #kucinglucuimut #jgnfyp #moresmile #kitajagakita #kucing

♬ Cute – Tik Tok

 

Aksi lucu kucing itu tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila dia berjalan dan kembali menoleh lagi. Kemudian berjalan semula diikuti memandang serong matanya.

Rata-rata netizen terhibur melihat tingkah laku haiwan itu yang seakan-akan menjeling dengan wajahnya lalu berlalu pergi meninggalkan kawasan hadapan pintu pagar rumah berkenaan.

“Penuh kebencian pada orang yang memandang,” komen Ramiyah Sandi.

“Dalam perjalanan pergi dating dengan milah taman sebelah,” kata Alliya Anuar.

“Bertuah la milah tu dapat boifren saham tinggi,” balas Marhafida Mohamad Daud.

Untuk pengetahuan, video ini mendapat lebih 168,000 ribu tontonan di TikTok dan dikongsikan semula oleh Al Hurra Al Hawari di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? baru-baru ini.

Situasi sama di Facebook tersebut, rata-rata netizen turut terhibur tidak kering gusi melihat telatah Si Bulus itu yang buat muka sombong.

Video perkongsian semula di Facebook itu meraih lebih 6,000  tanda ‘Suka’, lebih 1,000 komen warganet serta 1,500 lebih perkongsian setakat ini.

Sumber: TiktTok zazaliza88, Al Hurra Al Hawari di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?