Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Atlet angkat berat Mohamad Aniq sumbang pingat emas pertama Malaysia dalam kategori 55kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.
Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan berat 107 kilogram dalam percubaan pertamanya.
Beliau kemudian memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kilogram.
Secara keseluruhan, atlet berusia 19 tahun itu menghimpunkan angkatan seberat 249 kilogram untuk menempatkan dirinya selaku pemenang pingat emas.
Pingat perak menjadi milik wakil India, Sanket Mahadev Sargar, manakala Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka pingat gangsa.
Sumber: Astro Arena