Gempar, Wanita Dakwa Berjaya Rakam Makhluk Misteri Seakan ‘Bigfoot’ Dalam Hutan
Seorang wanita mendakwa telah berjaya merakam satu makhluk misteri seakan ‘bigfoot’ merayau-rayau di dalam sebuah hutan berhampiran Gunung Si di Lembah Snoqualmie, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Memetik laporan India Times, gambar-gambar makhluk misteri tersebut telah berjaya meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik di dalam Facebook miliknya.
Wanita terbabit dipercayai telah menggunakan kamera penjejak yang biasanya digunakan untuk memantau haiwan atau sesuatu di kawasan tertentu.

“Saya baru saja periksa kamera saya yang berada jauh di dalam hutan di belakang Gunung Si di Lembah Snoqualmie. Sama ada bigfoot memang wujud di situ atau saya telah terkena prank,” katanya.
Lembah Snoqualmie yang terletak di timur Seattle dipercayai menjadi kawasan utama penampakan bigfoot di negara itu.

Terdahulu, seorang lelaki telah mendakwa bahawa dia menemui jejak kaki bigfoot di dalam hutan yang berukuran 17 inci panjang dan lebar satu kaki.
“Selama tiga tahun mendaki di kawasan ini, saya telah menemui banyak tapak kaki besar dan kecil di dalam lumpur.
“Kesan tapak kaki yang terbesar saya temui adalah sepanjang 17 inci dan kira-kira satu kaki lebar,” dakwanya.
Sementara itu, dalam satu lagi insiden baru-baru ini, seorang penyelidik juga didakwa telah merakam bigfoot secara tidak sengaja menggunakan kamera terma mereka.
BACA: Bigfoot: Pernah Disiasat FBI, Ini Fakta Dan Misteri Sosok Berbulu Dua Kaki
Sumber: India Times