Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Hanya Perlu Bertahan…” Shah Firdaus ‘Struggle’ Raih Gangsa Keirin, Tapi Suara Semangat Pengulas Buat Ramai Sebak
Kemenangan atlet lumba basikal negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022 semalam telah mengharumkan negara.
Namun, apa yang lebih menarik di sebalik kemenangan itu adalah suara pengulas yang penuh bersemangat dan berkobar-kobar mengotakan kata-kata sambil mengulas perlumbaan tersebut.
Menerusi perkongsian video Era (Malaysia) di Facebook, sewaktu di pusingan terakhir acara keirin, suara pengulas terbabit seakan-akan ‘tidak cukup nafas’ untuk mengulas suasana pertandingan sewaktu pelumba negara itu sedang berhempas pulas mendapatkan pingat untuk negara.
“Kedudukan kini agak sukar, tetapi masih boleh..untuk Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom..untuk mendapatkan pingat gangsa..hanya perlu bertahan..untuk mendapatkan pingat gangsa..tahniah!”
Sementara itu, rata-rata warganet memuji sokongan padu yang dipamerkan oleh pengulas itu yang penuh bersemangat sehingga membuatkan mereka juga terikut dengan emosi yang dibawa oleh beliau.
“Tak menyesal on sound. Biasa kalau tengok video, suka off sound. Tengok video jer. Aduh. Sebak di dadaku. Tahniah Shah Firdaus,” komen Ct Norainul Afifah.
“Terbaik pengulas sukan ni untuk menaikan semangat semua,” kata Zaiton Abdullah.
“Tolong kekalkan pengulas level macam ni untuk ulas acara-acara sukan. Dia punya semangat tu kita pun ikut semangat sekali. Dia punya emosi buat kita pun boleh sebak sekali. Good job mr pengulas,” kata Hani Mohd.
Memetik laporan Bernama semalam, penantian pelumba berbasikal negara selama lapan tahun untuk menang pingat pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir pada edisi ke-22 apabila Muhammad Shah Firdaus meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago merangkul emas manakala pingat perak menjadi milik pelumba Scotland, Jack Carlin, pada acara yang berlangsung di Lee Valley VeloPark, di sini.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu adalah melalui jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau mesra disapa Jijoe apabila memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland, pada edisi 2014.
Josiah Ng merupakan pelumba negara terakhir yang merangkul pingat emas pada edisi ke-19 di New Delhi pada 2010.
Sumber: Bernama, Facebook ERA (Malaysia)