Siakap Keli
10 petua semarak cinta abadi dalam rumahtangga
Gambar: Adobe Stock via Google

“Semarakkan Cinta Abadi Dalam Rumah Tangga..” Ingat 10 Petua Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Rumah tangga dibina melalui satu ikatan atau pertalian yang sah antara lelaki dan perempuan menerusi ijab dan qabul ketika majlis pernikahan.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mencipta sebuah mahligai cinta yang penuh dengan suasana aman dan harmoni.

Ia menjadi satu cabaran besar dalam sebuah perkahwinan yang telah didirikan, bagaimanapun ia mampu diwujudkan bermula dengan sebuah perasaan yang dinamakan ‘cinta’.

Tanpa cinta, sebuah rumah tangga yang dibina ibarat tin kosong. Sehubungan itu, untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga agar sentiasa harmoni dan aman, mari kita ikuti nukilan yang dibawakan oleh penceramah motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di Facebook.

10 Petua Semarakkan Cinta Abadi Dalam Rumah Tangga

Semarakkan cinta abadi dalam rumah tangga kalian. Sentiasa ingat 10 petua ini kalau nak hidup berumah tangga sentiasa harmoni:

1. Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Sebaliknya ubahlah diri. Pasangan akan belajar melalui tindak-tanduk kita perlahan-lahan.

2. Cinta abadi bertunjangkan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam rumahtangga. Elakkan berbohong kerana kelak ketahuan juga. Ooo oo kamu ketahuan, kan Tok Abah dah nyanyi. Hehe!

3. Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan. Perbezaan tujuannya untuk melengkapi dan mengimbangi antara satu sama lain.

4. Cinta abadi ini tiada dendam. Memaafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah dan memakbulkan doa.

5. Cinta abadi adalah proses pembelajaran berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kepada pasangan dari masa ke semasa. Jangan biarkan kita membuat kesilapan yang sama.

6. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.

7. Tambah baik perkara baru. Belajar, cari ilmu dan mantapkan diri dengan memenuhi ciri-ciri suami/isteri yang ideal.

8. Hormati hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima.

9. Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang atau kalah. Pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana kedua-dua menang.

10. Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan diri serta pasangan.

Anak cucu Tok Abah,

Rumah tangga bahagia lahir dari pasangan merpati dua sejoli yang saling berkasih sayang dan menyemai cinta abadi. Jangan bercinta di awal perkahwinan saja namun hujungnya bertemu hal kepahitan.

Cari kemanisan dan keindahan dalam hidup berkeluarga. Semoga anda dan pasangan anda semua beroleh rahmat dan dipermudahkan urusan oleh Maha Esa.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Bercinta biar sampai syurga.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?