Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tambah Power Katanya, Tular Individu Jampi Motor Di Indonesia

Iqbal Yasir
individu jampi motor
Gambar: Kosmo!

Pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh masyarakat ekoran tular sebahagian anak muda yang membawa motosikal mereka bertemu dengan seorang sami di Indonesia bagi “dijampi“, lapor Kosmo!

Memetik laporan Kosmo!, dalam sebuah video, kelihatan seorang individu sedang melakukan perbuatan yang dipercayai jampi terhadap dua buah motosikal di media sosial baru-baru ini.

Tambah ‘power’, baru ramai takut,” tulis video yang dikongsikan itu, lapor Kosmo!.

Tambahan pula, nombor pendaftaran motor tersebut juga ditulis sesuatu serta direnjis dengan air.

Rata-rata orang yang melontarkan komen menganggap anak muda itu terlalu obses dengan dunia motor atau gusar motor itu dicuri sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal, maklum Kosmo!.

“Sayang motor abang ini, mungkin dihantar jampi elak orang curi motor kesayangan,” kata pengguna.

“Tambah power, biar boleh terbang di udara tanpa sebarang masalah,” komen pengguna lain.

Sumber: Kosmo!