“Ainul Kritikal. Hanya Allah SWT tempat bergantung ketika ini,” – Ayah
Hari ini kita dikejutkan dengan situasi pilu yang sedang dialami oleh Adik Ainul Mardhiah yang kini ditempatkan di wad kecemasan di sebuah hospital.
Sebentar tadi, menerusi perkongsian di Facebook, ayahnya Ahmad Safiuddin memaklumkan bahawa kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan tidak stabil.
Dalam perkongsian ringkas itu, beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan keadaan Ainul agar semuanya baik-baik sahaja.
“Ainul Kritikal. Hanya Allah swt tempat bergantung ketika ini. Terus doakan Ainul,” tulisnya ringkas di Facebook sebentar tadi.
Terdahulu, ibunya, Nurul Erwani Binti Zaid berkongsikan keadaan anaknya selepas doktor mengesahkan Ainul mengalami jangkitan pada hampir seluruh bahagian badannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh ibunya di Instagram, _nrlerwani menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat.
Yang lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar dalam gambar yang dikongsikan oleh ibunya.
“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata ibu Ainul.
Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.
“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.
Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin