Anda pernah mengalami masalah aircond kereta tak sejuk? Jangan risau, abang ‘foremen’ suruh check guna benda ni je dulu, tak perlu tukar semua.
Ramai yang mengatakan bahawa apabila kereta itu memiliki masalah pendingin hawa pasti akan memakan kos yang tinggi. Bahagian-bahagian kereta seperti kondenser dan kompreser pun sudah memakan ratusan ringgit.
Walau bagaimanapun, kenyataan ini telah disangkal oleh Muadz Mustafha, seorang pemilik bengkel kereta di Muar. Dia memberitahu bahawa masalah pendingin hawa tidak semestinya akan memakan kos yang tinggi.
Menerusi satu klip video dalam akaun TikTok miliknya, dia juga menegaskan supaya tidak perlu membazir dengan membeli alat-alat ganti sebelum mengetahui punca masalah sebenar kereta anda.
Dalam video tersebut, Muadz mengatakan kita perlu mencari punca masalah kereta berkenaan. Justeru, dia memperkenalkan sejenis mesin iaitu flushing machine, sejenis mesin yang akan menambah semula (top-up) gas ke dalam pendingin hawa kereta.
Jangan Panik! Cari Punca Masalah Terlebih Dahulu
Muadz Mustafha menunjukkan satu kes pendingin hawa yang tidak berfungsi dengan baik. Pemilik kenderaan itu mengadu bahawa pendingin hawa pada kereta sudah lagi tidak dingin. Untuk mengetahui punca masalah, flushing machine tersebut telah disambungkan dan gas disalurkan ke dalam pendingin hawa kereta itu.
Semasa aliran gas berlaku, dia memasukkan sedikit pewarna UV ke dalam mesin tersebut. Hal ini adalah untuk mengesan kebocoran yang terdapat pada bahagian pendingin hawa kereta. Jika terdapat kebocoran pada kawasan tertentu, kita dapat melihatnya dengan mengguna lampu UV.
Dia juga mengemukakan lagi satu kes yang mana ada seorang pemilik kenderaan yang telah menukarkan kondenser dan kompreser kepada yang baharu. Namun begitu, pendingin hawanya menjadi tidak dingin semula selepas satu minggu. Muaz Mustadfa telah menggunakan metodologi yang sama dan dia mendapati terdapat kebocoran kecil pada bahagian tertentu, bukannya disebabkan masalah kompenen dalam kereta.
Pada akhir video, dia mengatakan bahawa jika kita hendak lebih berpuas hati, kita boleh mencetak keputusan tekanan gas pendingin hawa kereta pada flushing machine ini. Kita dapat mengenal pasti jumlah gas yang terdapat dalam pendingin hawa dan melakukan pembandingan antara sebelum dan selepas proses baik pulih.
Untuk penerangan lebih jelas, mari ikuti penyampaian penuhnya dalam video yang disertakan ini.
@muadzmustafha Masalah aircond ada banyak ini salah satunya.#aircondkereta #bosch #wurth #peroduamyvi #protonexora #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar
Sumber: @muadzmustafha via TikTok