Siakap Keli
doktor beritahu keadaan terkini adik ainul
Gambar: Instagram _nrlerwani

“Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

“Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah gambaran yang sedang dialami oleh Adik Ainul Mardhiah selepas doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan pada hampir seluruh bahagian badannya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram, _nrlerwani  menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat.

Yang lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar dalam gambar yang dikongsikan oleh ibunya.

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata ibu Ainul.

Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.

“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, difahamkan Ainul mengalami muntah-muntah dan cirit-birit pada hari pertama.

Pada hari kedua, ibunya melihat keadaan Ainul yang tidak bermaya dan bergegas membawa anaknya ke ‘Emergency’ sebelum doktor mengesahkan tentang keadaan terkini Ainul.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Sementara itu, Erwani turut memuat naik satu lagi video di Instagram memaparkan keadaan Adik Ainul semasa menaiki ambulans menuju ke wad kecemasan.

“Masa ni naik ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.

“Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi,” katanya menerusi kapsyen video.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Sumber: Instagram _nrlerwani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?