Siakap Keli
sumbangan ainul

“Tolong Jangan Percaya”, Ibu Nafi Buka Tabung Sumbangan Untuk Adik Ainul

“Tolong Jangan Percaya”, Ibu Nafi Buka Tabung Sumbangan Untuk Adik Ainul

Ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menafikan bahawa pihaknya membuka tabung kilat untuk anaknya yang kini sedang dirawat di sebuah hospital yang dipercayai sakit akibat jangkitan kuman. 

Menurut ibunya menerusi laman Instagram sebentar tadi, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menulis dalam mana-mana hantaran berkaitan meminta apa-apa sumbangan untuk anaknya itu.

“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Tegasnya lagi, jika sesiapa ada terjumpa dengan hantaran berkaitan meminta sumbangan untuk Ainul untuk tidak mempercayai hal tersebut. 

“Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih,” tambahnya. 

Sementara itu, menerusi perkongsian terkini sebentar tadi, Nurul Erwani memaklumkan bahawa keadaan Ainul pagi ini semakin baik.

“Pagi ni Ainul dah mula minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan ainul semakin baik,” tulisnya di ruangan Story tersebut.

Bagaimanapun buat masa ini, Ainul masih belum sedarkan diri selepas dimasukkan ubat tidur ketika ‘dihubungkan’ dengan ventilator agar kanak-kanak itu tidak penat.

“Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run lagi. Sebab Ainul tengah ‘on ventilator‘ . Ainul tak boleh sedar sebab taknak bagi Ainul penat bila ‘on ventilator‘ ni,” maklum Erwani lagi.

Kritikal di PICU, wayar ‘penuh’ satu badan

Terdahulu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Erwani di Instagram pada semalam, ia menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat (semalam).

Lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar seperti dalam gambar yang dikongsikan oleh Erwani di Instagram semalam.

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata Erwani dalam hantaran itu.

Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.

“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.

BACA: “Pagi Ni Ainul Dah Start Minum Susu…”, Ibu Yakin Keadaan Adik Ainul Mardhiah Semakin Baik

BACA JUGA: Suami Trauma, Jadi Saksi Isteri Maut Terhempas Dari Ketinggian 100 Kaki Ketika Main Sukan Ekstrem

Sumber: Nurul Erwani Binti Zaidi (Instagram) 

Faiz Mustafa

" "