Siakap Keli
keadaan ainul semakin baik
Gambar: Instagram _nrlerwani

“Pagi Ni Ainul Dah Start Minum Susu…”, Ibu Yakin Keadaan Adik Ainul Mardhiah Semakin Baik

“Pagi ni Ainul dah start minum susu,” – Ibu Yakin Keadaan Ainul Semakin Baik

Semalam, kita menerima perkhabaran duka bahawa Adik Ainul Mardhiah sedang bertarung nyawa di wad kecemasan selepas dimaklumkan kritikal oleh ibu ayahnya di media sosial.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini ibunya, Nurul Erwani Binti Zaidi di Instagram Story , _nrlerwani sebentar tadi, beliau menjelaskan keadaan Ainul pagi ini semakin baik.

“Pagi ni Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan ainul semakin baik,” tulisnya di ruangan Story tersebut.

Namun jelasnya juga, buat masa ini, Ainul masih belum sedarkan diri selepas dimasukkan ubat tidur ketika ‘dihubungkan’ dengan ventilator agar kanak-kanak itu tidak penat.

“Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run lagi. Sebab Ainul tengah ‘on ventilator‘ . Ainul tak boleh sedar sebab taknak bagi Ainul penat bila ‘on ventilator‘ ni,” maklum Erwani lagi di Instagram Story.

keadaan ainul semakin baik
Gambar: Instagram _nrlerwani

Kritikal di PICU, wayar ‘penuh’ satu badan

Terdahulu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Erwani di Instagram pada semalam, ia menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat (semalam).

Yang lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar seperti dalam gambar yang dikongsikan oleh Erwani di Instagram semalam.

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata Erwani dalam hantaran itu.

Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.

“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.

Keratan laporan semalam

BACA JUGA: “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

Sumber: Instagram _nrlerwani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?