Siakap Keli
Wanita Dilaporkan Maut
Gambar via The Sun

Suami Trauma, Jadi Saksi Isteri Maut Terhempas Dari Ketinggian 100 Kaki Ketika Main Sukan Ekstrem

Suami Trauma, Jadi Saksi Isteri Maut Terhempas Dari Ketinggian 100 Kaki Ketika Main Sukan Ekstrem

Seorang lelaki trauma selepas menjadi saksi kematian isterinya terjatuh dari ketinggian 100 kaki dan kini jurulatih sukan ekstrem ‘free-flying’ itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun. 

Menurut The Sun, mangsa pada awalnya enggan membuat lompatan tersebut dari atas bumbung hotel walaupun sebelum ini dia pernah melakukan sukan tersebut. 

Ibu kepada tiga orang anak itu membiarkan salah seorang rakannya melakukan lompatan ‘free-flying’ dan berjaya, lapor salah seorang saksi pada mahkamah. 

Difahamkan, saksi menjelaskan mangsa yang kelihatan takut untuk melakukan terjunan tetapi mereka melihat jurulatih itu memaksa mangsa melakukan perkara itu dengan segera. 

“Ini bukan kali pertama awak lakukan terjunan, awak tahu bagaimana untuk melakukannya. Apakah saya memakaikan tali pinggang keselamatan ini secara percuma,” kata jurulatih itu, lapor saksi menerusi The Sun. 

Menurut laporan, dia kemudian melakukan lompatan selepas suaminya mengatakan ‘saya sayang awak’ kepadanya. Kemudian, dia dikatakan telah merempuh tanah dan pagar besi kerana dipercayai tali sokongan tidak dipasang dengan betul. 

Dia mengalami patah tulang tengkorak yang serius dan kecederaan pada bahagian otak serta beberapa tulang di sebelah kanan patah. Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital namun dilaporkan meninggal dunia semasa pakar bedah sedang merawat mangsa. 

Sebelum dia melakukan lompatan, rakannya telah memaklumkan kepada jurulatih untuk buka tali pinggang tersebut kerana mangsa takut dan mereka akan pulang ke rumah. Namun, jurulatih tersebut tetap memaksa dia melakukan terjunan. 

Mangsa meninggalkan tiga orang anak lelaki di bawah usia 14 tahun, dua perempuan dan seorang anak kepada saudaranya yang telah meninggal dunia. 

Suspek telah disabitkan hukuman kerana menawarkan aktiviti lasak tanpa peraturan keselamatan yang baik sehingga menyababkan kematian kerana cuai. 

BACA: Terpaksa Pungut Satu-satu, Tular Rakaman Ratusan Paket Minyak Masak Hanyut Di Laut

BACA JUGA: Sisa Serpihan Roket China Jatuh Di Sarawak Disahkan Tidak Radioaktif

Sumber: The Sun

Faiz Mustafa