Siakap Keli
tular tiga majlis diadakan serentak di sebuah kejiranan
Gambar: Tribun News

Ada Duka, Tawa & Canda, Tular Tiga Majlis Diadakan Serentak Di Sebuah Kejiranan

Ada duka, tawa dan canda, tular tiga majlis diadakan serentak di sebuah kejiranan di Indonesia baru-baru ini, video ditonton lebih 12 juta kali

Jawa Barat– Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan situasi tiga majlis dijalankan secara serentak di sebuah daerah di sini.

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, terdapat majlis pernikahan, korban dan pengebumian diadakan di kawasan yang berhampiran pada masa yang sama.

Menurut pemilik video, kesemua majlis itu telah diadakan di Karangpawitan, Garut pada Hari Raya Korban yang lalu.

Ketika saat penyembelihan haiwan korban dilakukan, sebuah majlis pengebumian turut berlangsung bersebelahan lokasi korban.

Orang ramai dilihat mengerumuni kedua-dua kawasan. Ada di antara mereka sedang menyaksikan majlis penyembelihan, dan ada juga mereka mengikuti acara pengebumian.

Pada ketika itu, terlihat sekujur jenazah sedang dikeluarkan dari ambulans sebelum diusung ke liang lahad.

Walau bagaimanapun, di hujung jalan terlihat kibaran kain kuning yang menandakan berlangsungnya satu majlis pernikahan.

Tambahan pula, banyak kenderaan diparkir di bahu jalan.

“Kalau tanya jam berapa perkara itu berlaku, saya tidak berapa ingat sebab tidak sempat untuk melihat jam,” ujarnya.

Meskipun majlis-majlis itu diadakan serentak, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada halangan.

“Pada ketika itu, ada duka, tawa, dan canda,” tambahnya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 12 juta kali.

@dmasfrmnsyah

Anu Jomblo Lobanamah #fypシ #xyxbcafyp #fouryourpage #viral #kurban #nikahan #meninggal

♬ suara asli – hj emap – hj emap

BACA: “Saiznya Makin Membesar,” Penduduk Gempar Temui Lubang Benam Misteri Sedalam 200 Meter 

Sumber: Tribunnews

Nurfatihah Shahirah Azzuddin