Siakap Keli
pengabdi setan 2 hadirkan pen berbentuk pocong
Gambar: Indozone.Id

Tak Cukup Seram Di Pawagam, Pengabdi Setan 2: Communion Hadir Dengan Pen Berupa Pocong

Keseraman filem seram Indonesia, Pengabdi Setan 2: Communion tidak hanya terhenti di skrin pawagam sahaja, malah ia juga ‘hadir’ dalam bentuk pen berupa pocong, lapor Indozone.

Menurut laporan portal berita tersebut, pen unik berupa pocong itu adalah cenderahati yang ‘dibawakan khas’ oleh pihak promosi bagi mempromosikan lagi tayangan filem seram tersebut.

Pengarahnya, Joko Anwar sendiri memperkenalkan pen unik berbentuk pocong tersebut menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya, @jokoanwar baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan pen itu dibungkus kemas dengan kain putih dan diikat menyerupai bentuk pocong yang sebenar.

“Pesan apa yang ingin kamu sampaikan untuk ibu? Tuliskan dengan pencong, ‘ballpen pocong’. Dapatkan segera di Cinepolis Cinemas,” katanya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, pen pocong yang dipegang seseorang itu menulis sepotong ayat ringkas tetapi nadanya agak menyeramkan, iaitu “Ibu, sakit sangat kuburku sempit,”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar)

Difahamkan, sebelum ini pihak penerbitan filem turut memperkenalkan alat wangian yang bentuknya menyerupai hantu dalam Pengabdi Setan.

Lihat dari belakang, mungkin tidak akan perasan apa-apa. Namun apabila diterbalikkan, mohon jangan terkejut kerana di sebalik bau wangi itu rupanya ada ‘syaitan’ yang ‘menunggu’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar)

Perkongsian pen berupa pocong di laman Instagram Joko Anwar itu meraih perhatian netizen hingga kebanyakannya memberi pelbagai reaksi di ruangan komentar.

“Siapa yang nak pakai pen pocong,” kata seorang netizen.

“Dijamin tak akan hilang pen tu kalau dibuang, akan kembali semula,” kata seorang lagi.

Untuk makluman, Pengabdi Setan 2: Communion akan mula ditayangkan di Indonesia pada 4 Ogos esok, manakala tayangan di pawagam Malaysia bermula  11 Ogos ini.

Sumber: Indozone.Id

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?