Siakap Keli
taiwan simulasi anti penceroboh
Gambar: Getty Images via Daily Star

Tentera Taiwan Lipat Ganda Latihan Buat Simulasi Anti Penceroboh, Cetus Kebimbangan ‘Perang Dunia Ketiga’

Ketegangan antara Taiwan dan China mencetuskan kebimbangan dunia tentang Perang Dunia Ketiga selepas tentera negara itu melakukan simulasi anti penceroboh baru-baru ini, lapor Daily Star.

Senario itu semakin jelas kelihatan apabila Taiwan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran iaitu simulasi anti penceroboh sewaktu sekutu utamanya,  China dan Rusia sedang sibuk menawan Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pihaknya dilapor membatalkan cuti beberapa pegawai dan anggota tentera serta menggerakkan pasukan pertahanan udara untuk bersiap sedia untuk berperang.

Gambar: Getty Images via Daily Star

Pada minggu lalu, bandar-bandar di Taiwan terpaksa ditutup selama 30 minit bagi memberi laluan kepada latihan ketenteraan ‘mega’ di seluruh negara itu.

Tambahan pula, pihak polis turut membawa orang awam ke tempat perlindungan dalam keadaan rakyat berlari dengan tangan di atas kepala.

Latihan itu dibuat sejurus China melakukan ancaman bonafide kepada negara tersebut pada minggu lalu dengan mengatakan bahawa Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (US) , Nancy Pelosi melakukan kunjungan ke sana bagi mengekalkan kemerdekaannya daripada China.

Gambar: Getty Images via Daily Star

Ekoran itu, China memberikan amaran bahawa tenteranya tidak akan duduk diam sekiranya US datang ke pulau yang berada di bawah pemerintahan negara republik itu.

Sementara itu, menerusi pejabat Pelosi berkata pada Ahad, pihaknya sedang menuju ke Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun namun tidak menyebut tentang Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata bahawa ia akan menjadi campur tangan besar dalam hal ehwal dalaman China sekiranya speaker dewan perwakilan berkenaan berkunjung ke Taiwan.

“Kami mahu menjelaskan sekali lagi kepada US bahawa China berdiri di hadapan dan Tentera Pembebasan Rakyat China tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas bagi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya,” kata Zhao pada sidang media.

Ketika ditanya apakah jenis langkah yang bakal diambil, Zho menambah, “Jika dia berani datang, maka marilah kita tunggu dan lihat,”

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada rakan sejawatannya, Presiden US, Joe Biden bahawa Washington harus mematuhi prinsip China dan ‘mereka yang bermain api akan terkena binasa’ semasa panggilan telefon Khamis lalu.

Gambar: Getty Images via Daily Star

Presiden US itu kemudiannya memberi maklum balas kepada Xi bahawa negaranya tidak akan berubah dan Washington akan menentang keras mengenai usaha unilateral bagi mengubah status quo atau menjejaskan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan.

Biden juga menjelaskan kepada pemberita bahawa dia menganggap tentera US percaya lawatan Pelosi ke Taiwan bukan idea yang baik buat masa sekarang.

Pelosi tiba di Taiwan semalam

Keratan laporan terdahulu

Imbas kembali laporan terdahulu, sejurus mengakhiri lawatannya ke Malaysia pada Selasa, Pelosi meneruskan perjalanan ke Taiwan meskipun berdepan amaran termasuk ancaman tindakan ketenteraan.

Ketibaan Pelosi disambut Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sebaik beliau mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan kira-kira 10.44 malam waktu tempatan (1444GMT), lapor Agensi Anadolu semalam.

Dua hotel telah ditempah untuk penginapan para delegasi kongres dan pegawai AS.

Beijing sebelum ini telah menghantar mesej menggesa ahli parlimen AS itu membatalkan lawatannya, yang tidak termasuk dalam atur cara lawatan rasminya ke empat negara Asia.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?