Siakap Keli
detik cemas budak terjatuh dari tingkap kereta tular
Gambar: Daily Mail

Tertiarap Atas Jalan Raya, Detik Cemas Budak Terjatuh Dari Tingkap Kereta Tular

Tertiarap atas jalan raya yang sibuk, detik cemas budak terjatuh dari tingkap kereta tular di media sejak beberapa hari lalu

Satu video tular di media sosial di mana seorang kanak-kanak perempuan dilihat terjatuh dari sebuah kereta yang masih bergerak ketika berada di persimpangan jalan raya yang sibuk.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Ningbo, China.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak terbabit kelihatan terjatuh ke atas jalan raya di sebuah persimpangan yang sibuk tanpa disedari oleh pemandu.

Pemandu itu meneruskan perjalanannya tanpa menyedari kanak-kanak perempuan itu telah terjatuh melalui tingkap kereta.

Kanak-kanak itu dilihat jatuh tertiarap di atas jalan raya yang dipenuhi kereta.

Ekoran itu, sebilangan besar pemandu lain yang menghampiri persimpangan lampu isyarat itu telah memberhentikan kenderaan.

Para pemandu dilihat dengan pantas cuba untuk membantu kanak-kanak tersebut yang masih tertiarap di tengah-tengah jalan.

Berdasarkan video, seorang lelaki kelihatan bergegas keluar lalu mengangkat gadis tersebut dan membawanya ke tempat yang selamat.

“Saya melihat kanak-kanak itu di atas jalan dan bimbang mengenai kereta di belakang, jadi saya memberhentikan kereta di hadapan kanak-kanak itu,” katanya.

Selepas kejadian itu, polis China mengingatkan ibu bapa supaya menggunakan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak, lapor Mirror.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan kanak-kanak itu tidak dinyatakan.

BACA: Ada Duka, Tawa & Canda, Tular Tiga Majlis Diadakan Serentak Di Sebuah Kejiranan

Sumber: Daily Mail

Nurfatihah Shahirah Azzuddin