Siakap Keli
lebuh raya huangjuewan jalan paling mencabar di dunia

‘Berselirat’ & Bertingkat-tingkat, Kenali Lebuh Raya Huangjuewan, Jalan Paling Mencabar Di Dunia

Sanggup atau tidak anda untuk melalui jalan ini? Lebuh raya Huangjuewan di Chongqing dianggap sebagai jalan paling mencabar di dunia, lapor Oddity Central.

Sejak pertama kali foto lebuh raya ini dimuat naik di laman internet beberapa tahun lalu, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai terutamanya dalam kalangan pemandu yang memberi pelbagai reaksi.

Ramai yang mempertikai dan tertanya-tanya bagaimana nasib pemandu yang kurang berpengalaman untuk mencari jalan dengan begitu banyak laluan dan lorong untuk dipilih.

Jika tersalah jalan, sudah semestinya ia membawa pemandu ke destinasi yang berbeza. Dilihat menerusi pandangan pertama sudah membuatkan ia agak menakutkan.

lebuh raya huangjuewan jalan paling mencabar di dunia
Gambar: Vicky Jiang via Oddity Central

Difahamkan, jalan ini sebenarnya jauh lebih sulit daripada yang dibayangkan. Oleh sebab itu, Huangjuewan telah dikenali sebagai lebuh raya paling mencabar di dunia.

Menurut salah seorang pemandu yang menjelaskan mengenai gambar berkenaan, “Jika anda tersalah memilih laluan maka kamu perlu memandu mengelilingi bandar”.

Sementara itu, ramai yang menyoal mengenai sistem Global Policy Strategy (GPS) sama ada ia berfungsi ataupun tidak kerana lebuh raya yang berselirat itu mempunyai lima tahap ketinggian.

Menurut Liu Bangjun menjelaskan kepada People’s Daily, jambatan ini memerlukan  sebanyak 20 laluan bagi memudahkan sistem navigasi atau GPS. Hal ini kerana ia menghubungkan tiga lebuh raya serta jalan serantau lain.

Tambahan pula, ia membantu pemandu untuk membuat pusingan sekiranya tersalah lorong.

Sehubungan itu, pemandu hanya memerlukan masa sebanyak 10 minit untuk keluar walaupun lebuh raya itu mempunyai lapan arah yang berbeza, jadi mereka tidak perlu bimbang dan hanya perlu melihat kepada papan tanda.

lebuh raya huangjuewan jalan paling mencabar di dunia
Gambar: China Plus South Africa via Oddity Central

Terdahulu, lebuh raya Huangjuewan mengambil masa lima tahun perancangan dan tujuh tahun bagi kerja-kerja pembinaan sebenar serta siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Ia mempunyai sebanyak 20 laluan dengan lima tahap ketiggian yang berbeza. Pencipta lebuh raya ini juga menegaskan bahawa sebarang kebimbangan mengenai sistem navigasi adalah tidak berasas.

Sejak itu, China telah mencipta beberapa lebuh raya yang ‘gila termasuklah Qianchun Interchange yang mempunyai 18 laluan berbeza pada 2018 dengan ketinggian 37 meter dari tanah.

Sumber: Oddity Central

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?