Siakap Keli

Kenapa Ada ‘Pokok’ Di Pencawang Telco? Bukan Saja-saja Letak, Ini Alasannya

Kenapa Ada ‘Pokok’ Di Pencawang Telco? Bukan Saja-saja Letak, Ini Alasannya

Hari ini, manusia dengan gajet seperti telefon bimbit memang tidak dapat dipisahkan. Manakala telefon bimbit hanya berguna apabila ia mempunyai sambungan internet. Internet pula biasanya dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi dan dipancarkan melalui pencawang telefon yang dibina di kawasan-kawasan tertentu.

Bagi yang pernah melihat pencawang telefon, anda tentu perasan kan dimana sesetengah pencawang telefon ini mempunyai tumbuhan atau pokok dibahagian tiang dan juga di puncaknya.

Kenapa ya? Apa perlunya pokok ‘ditanam’ atau diletakkan bersama pencawang telefon ini?

Tidak dapat dipastikan jawapan tepat kenapa ia dibina sebegitu. Namun, trend ini bukanlah perkara baharu dan dipercayai bermula di Amerika Syarikat sejak 90-an lagi dan ia dipanggil sebagai teknik penyamaran.

Pada awalnya, ia ada pencawang-pencawang telefon ini disorokkan di dalam menara di geraja dan ada juga yang dibina seperti tiang bendera. Sebuah syarikat bernama Larson Camouflage yang terlibat mencipta model landskap untuk pelbagai tujuan seperti prop filem dan antaranya adalah mereka pokok palsu.

Larson Camouflage dianggap sebagai syarikat perintis yang menghasilkan model pokok tiruan dan tuah memihak kepada mereka apabila undang-undang mengenai landskap telah mengalami perubahan. Antaranya adalah berkenaan menara pencawang telefon yang dibina di kawasan komuniti.

Berbalik kepada kenapa pencawang telefon perlu menyamar sebagai pokok, ia sebenarnya ada kena mengena dengan landskap sesuatu kawasan.

Menurut Quora.com, pencawang telefon yang mempunyai pokok pada binaannya dibina sedemikian rupa bagi mengurangkan kecacatan pemandangan, terutamanya di kawasan yang dikelilingi keindahan alam yang menghijau.

Selain itu, ia juga mengurangkan rasa sakit mata memandang terutamanya di kawasan komuniti padat. Bayangkan, anda membuka tingkat rumah dan perkara pertama yang anda lihat adalah pencawang telefon yang membosankan. Sudah tentu ia sedikit sebanyak menjejaskan mood anda pada hari itu.

Menara telekomunikasi juga kebiasannya perlu dibina dikawasan yang lebih tinggi atau perlu ditinggikan bagi memastikan capaian yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan menara ini menjadi terlalu menonjol dan kelihatan aneh di kawasan-kawasan tertentu. Lebih-lebih lagi bagi sesetengah kawasan yang memiliki peraturan ketat tentang landskap.

Manakala untuk pencawang telefon 5G yang lebih laju daripada 4G, ia membenarkan sambungan internet yang lebih laju. Namun dengan ‘range’ yang lebih rendah berbanding pencawang 4G, bermakna lebih banyak antena yang diperlukan. Maka, lebih banyaklah menara yang perlu dibina dan ia sudah tentu mencacatkan pemandangan di kawasan penempatan tumpuan ataupun di tengah-tengah bandar.

Jadi, salah satu cara untuk mengurangkan ‘kecacatan’ ini adalah menggunakan penyamaran tumbuhan pada menara tersebut.

Begitulah jawapan mengapa sesetangah pencawang telefon mempunyai pokok. Walaupun tujuan sebenarnya tidak dapat dipastikan, namun ia sedikit sebanyak membantu menghilangkan rasa ‘kurang senang’ melihata kewujudan menara-menara itu dikawasan tempat tinggal.

BACA: “Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu

Sumber: 99percentinvisible, Quora

BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka