Siakap Keli
mati pucuk johnny depp
Gambar: AFP/Getty Images via Daily Mail

Peguam Amber Dakwa Johnny Depp Mati Pucuk

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp didakwa mengalami masalah mati pucuk yang membawa kepada keganasan seksual kepada bekas isterinya, Amber Heard, jelas peguam Amber menerusi Daily Mail.

Menurut fakta kes mahkamah pada 28 Mac lalu, “Walaupun Depp tidak suka mendedahkan penyakit yang dialaminya itu, namun situasi itu sangat relevan dengan perbuatan yang dilakukannya termasuk penggunaan botol untuk keganasan seksual terhadap Amber,”

Dakwa peguam itu lagi, penyakit mati pucuk yang dihidapi Depp tersebut dipercayai menjadi penyumbang kepada kemarahan pelakon Aquaman itu.

Tambah Amber, bekas suaminya itu sering mengambil ubat penyakit mati pucuk yang dialaminya, bagaimanapun ‘kesannya’ yang tidak seberapa hanya membuatkan Depp semakin berang terhadapnya.

“Dia sering melakukan keganasan seksual terhadap saya dan ‘melakukannya’ dalam keadaan marah,” jelas Amber lagi.

Selain masalah mati pucuk, Depp juga didakwa seringkali menghabiskan banyak waktu dengan rakan-rakan ‘minumnya’ termasuk kedua-dua ayah mereka, David Heard dan ‘shock-rocker’ Marilyn Manson, jelas bekas isterinya itu.

Tidak kurang juga, Amber mendakwa dia terpaksa menyara dirinya seorang diri dalam aspek kewangan sepanjang masa walaupun bersama Depp.

Terdahulu, bekas pasangan suami isteri itu hadir ke mahkamah di Virginia pada April lalu bagi mengikuti perbicaraan perkara tersebut sepanjang hubungan mereka.

Perbicaraan itu difahamkan mengambil masa selama enam minggu.

Johnny Depp nak ‘move on’

Imbas kembali laporan terdahulu, Johnny Depp tidak mahu berdendam lagi dengan bekas isterinya itu walaupun selepas hampir sebulan kemenangan kes mahkamah berpihak padanya.

Malah menurut sumber rapatnya menerusi Hollywood Life, difahamkan Depp ketika itu mahu ‘move on’ meneruskan hidup baharu dan mendoakan bekas isterinya itu agar tidak lagi mempunyai ‘toksik’ dalam hidupnya.

Keratan laporan terdahulu

“Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya selepas berita itu tersebar secara meluas. Selepas semua yang dikatakan, Johnny (Depp) tidak berniat jahat terhadap Amber.

“Dia tidak akan menyatakan kebencian di media sosial dan hanya mahu meneruskan kehidupannya sendiri,” katanya, memetik Hollywood Life.

Difahamkan, selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard, kini pelakon watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean itu tidak lagi berminat untuk ‘mengenang’ kisah silamnya

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?