Siakap Keli
Balenciaga
Kredit New York Post

Balenciaga Keluar Produk ‘Beg Sampah’ Premium, Harga RM 7,977

Balenciaga Keluar Produk ‘Beg Sampah’ Premium, Harga RM 7,977

Balenciaga baru-baru ini mengeluarkan satu produk baru iaitu “Pouch Beg Sampah” dengan reka bentuk yang membingungkan. Beg itu dikatakan ‘diilhamkan dari ‘beg sampah’ dan dijual pada RM 7,977, yang dianggap keterlaluan oleh sesetengah pihak.

Dengan imej luar yang berkilat, beg berkenaan diperbuat daripada kulit anak lembu, dihiasi dengan logo halus dan didatangkan dalam beg Hefty asas hitam bersama-sama dengan warna putih Glad-esque serta kuning dan biru.

Ia dijangka akan mula dijual di rangkaian butik jenama itu tidak lama lagi setelah membuat penampilan pertamanya dalam koleksi sedia pakai musim luruh 2022 di Paris Mac lalu.

“Saya tidak akan melepaskan peluang untuk menghasilkan beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka skandal fesyen kan?” kata Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia kepada Women’s Wear Daily dalam satu temu bual.

‘Pouch Beg Sampah’ ini telah menjadi tular kerana kemaskini di Instagram mendapat banyak bualan, dengan reaksi orang ramai yang berbelah bahagi. Ada yang menerima rekaan beg tersebut dan ada juga mempersoalkan harga yang dikenakan oleh jenama fesyen berkenaan.

Sumber: New York Post 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka