Siakap Keli
israel serang gaza
Gambar: AFP

Israel Serang Gaza, Sekurang-kurangnya 10 Maut Termasuk Budak Lima Tahun

Israel Serang Gaza, Sekurang-kurangnya 10 Maut Termasuk Budak Lima Tahun

Tentera Israel dilapor serang dan mengebom Gaza awal pagi Sabtu (waktu tempatan) yang menyebabkan kumpulan pejuang di Palestin membalas balik dengan serangan roket, yang merupakan pertembungan terburuk sejak perang yang meletus tahun lepas.

Jurucakap agensi kesihatan memaklumkan sekurang-kurang 10 orang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun, dalam kejadian pengeboman oleh Israel ke atas wilayah yang dikuasai oleh Hamas. Serangan berkenaan juga menyebabkan sekurang-kurangnya 79 orang lagi cedera.

Israel mendakwa serangan tersebut berjaya membunuh 15 orang pejuang Palestin.

Pemimpin Israel juga mendakwa pihaknya melancarkan serangan awal itu bagi menghapuskan ancaman akibat insiden yang berlaku di sempadan sejak beberapa hari lalu.

Serangan berkenaan itu juga dikatakan berjaya membunuh seorang pemimpin kanan kumpulan pejuang. Perkara tersebut disahkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kumpulan pejuan Palestin berkata, serangan itu dianggap sebagai satu pengisytiharan perang dan pihaknya melancarkan serangan balas dengan menembak lebih 100 roket ke arah Israel.

Manakala pihak Israel pula mendakwa pihaknya mengesan sebanyak 70 roket dilancarkan ke arahnya.  Daripada jumlah itu, hanya 11 yang sampai ke sasaran dan baki berjaya dipintas sistem Irom Dome.

Israel juga dilapor mengerahkan pasukan kereta kebalnya ke sempadan Gaza sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan awal sekiranya operasi ketenteraan diperluaskan.

Mesir yang sekian lama menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kedua-dua belah pihak dijangka akan memanggil wakil dari pihak Israel dan kerajaan di Gaza untuk bertemu bagi mengelakkan konflik berpanjangan.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui wakilnya ke Timur Tengah, Tor Wennesland melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaharu ini dan menganggap pertembungan terbaharu itu sebagai perkara yang serius.

BACA: ​​Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sumber: AFP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.