Siakap Keli
ketua projek taiwan
Gambar: The Standard HK

Ketua Projek Pembangunan Peluru Berpandu Taiwan Ditemui Mati Dalam Hotel

Ketua Projek Pembangunan Peluru Berpandu Taiwan Ditemui Mati Dalam Hotel

Seorang pegawai senior berpangkat Timbalan Ketua di Unit Penyelidikan dan Pembangunan Kementerian Pertahanan Taiwan ditemui mati di sebuah hotel di sebuah hotel di Pingtung, Selatan Taiwan, lapor The Guardian yang memetik laporan agensi berita Taiwan, Central News Agency.

Punca kematian Ou Yang Li-hsing, 57, yang juga merupakan Timbalan Ketua Institut Sains dan Teknologi National Chung-Shan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Taiwan tidak diketahui setakat ini.

Beliau merupakan pegawai senior kerajaan yang bertanggungjawab mengetuai pelbagai projek pembangunan peluru berpandu Taiwan dan berada di Pingtung atas urusan perniagaan.

Badan kerajaan milik tentera itu ketika ini sedang mempertingkatkan usaha penghasilan peluru berpandu sebagai persediaan di tengah-tengah ketegangan yang sedang berlangsung dengan China ketika ini.

China baru-baru ini telah melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran mengelilingi Taiwan termasuk penembakan peluru berpandu. Latihan berkenaan dipercayai sebagai tindak balas terhadap lawatan Speaker Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke negara itu.

Negara tembok besar itu membantah kehadiran Pelosi, iaitu individu ketiga paling berkuasa dalam kerajaan Amerika, ke Taiwan yang dianggap sebagai mencabar kedaulatan wilayahnya.

China sejak sekian lama menegaskan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara tersebut biarpun Taiwan mempunyai kerajaan yang tersendiri yang dipilih melalui sistem demokrasi.

BACA: ​​Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

" "