JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lepas.
Hakim Kamaruddin Kamsun membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif dan Amir Shariffuddin Abd Raub.
Abdul Latif, 56, menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan 13 pertuduhan penggubahan wang haram, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 30, menghadapi empat pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram, manakala Amir Shariffudin, 49, menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan penggubahan wang haram.
Pada 21 April, 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah melepas dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Endau itu, daripada 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM30 juta, pada 2017.
Selain itu, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin, juga turut dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan pada tarikh yang sama.
Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas, bebaskan bekas Exco Abdul Latif Bandi, dua yang lain atas tuduhan rasuah, gubah wang haram berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lepas pic.twitter.com/iXa1q8QhAP
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) August 7, 2022
Sumber: Bernama Radio