Siakap Keli
Gambar: eConstruction Carreers

Letak Kamera Sebelah ‘Roda Besi’, Begini Rupanya Cara Kereta Api Tukar Laluan

Begini rupanya kereta api tukar laluan! Pasti ia membuatkan anda bingung bagaimana kereta api menukar arah landasan sewaktu bergerak. Pada asasnya, kereta api menukar landasan dengan menggunakan mesin yang menukar aral rel.

Ia dikenali sebagai suis atau bilah mesin yang mengubah arah laluan roda kereta api. Manakala, keputusan untuk menggunakan laluan mana adalah di bawah tugas pengawal kereta api walaupun ia kebiasaannya dikendalikan secara automatik oleh sistem komputer.

Mesin yang menukar trek

Dalam mesin yang menukar dua trek kereta api, terdapat dua bilah yang mengubah laluan roda kereta api menyimpang daripada rel (trek laluan) semasanya.

Jika bilah ditolak ke satu arah (trek semasa) kereta api akan bergerak ke laluan lain dan jika bilah ditolak ke arah lain (trek lain) kereta api akan kekal di atas laluan.

Mesin ini terletak berhampiran bilah untuk mengawal sama ada membiarkan kereta api melalui atau menukarnya ke trek lain. Kebiasaannya ia dipanggil mesin titik atau mesin suis bergantung kepada negara (atau tempat).

Gambar hiasan | Kredit: Awesci/Google

Kebanyakan mesin yang digunakan oleh kereta api adalah jenis elektromekanikal. Mesin ini menggunakan arus elektrik untuk memacu motor yang menggerakkan bilah rel ke depan dan ke belakang.

Selain itu, mesin pneumatik pula menggunakan tekanan udara untuk memaksa bilah ke kedudukannya manakala arus elektrik bertindak mengawal aliran udara.

Kedua-dua jenis mesin ini dapat mengetahui kedudukan bilah berada melalui alat atau mekanisme. Dengan mudah, ia dapat menetapkan arah laluan kereta api. Jika arah yang ditetapkan salah, mesin boleh memberi isyarat kepada kereta api bahawa ia tidak boleh diteruskan melalui rel berkenaan.

Bagaimana kereta api tahu trek mana yang hendak dipilih?

Untuk mengetahui trek mana yang bakal dipilih, kereta api bergantung kepada pusat kawalan itu sendiri. Biasanya pusat kawalan mengetahui laluan mana yang akan dilalui kereta api.

Tambahan pula, laluan kereta api juga telah diprogramkan ke dalam data komputer. Oleh itu, komputer akan mengaktifkan mesin yang menolak bilah untuk mengawal arah laluan kereta api.

Sebaik sahaja bilah dipasang, kereta api dibenarkan bergerak mengikut arah yang telah ditetapkan sama ada kekal atau sebaliknya.

Gambar hiasan | Kredit: Youtube/Google

Pemilihan landasan seterusnya juga memainkan peranan yang sangat penting kerana melibatkan faktor keselamatan. Hal ini kerana, sebelum menukar laluan, sistem kereta api perlu mengesahkan terlebih dahulu laluan itu sama ada selamat untuk digunakan ataupun tidak.

Barulah kereta api dibenarkan untuk menggunakan laluan tersebut. Ia juga telah ditetapkan untuk tidak mengubah ke arah laluan kereta api yang berlainan.

Sementara itu, bagaimana pula mereka mengawal kereta api lama? Kuncinya adalah tuas yang dikawal secara manual. Perkara itu membuatkan pemandu kereta api boleh memilih laluan yang mereka mahu.

Untuk memastikan laluan yang diambil selamat, pemandu kereta api biasanya berkomunikasi dengan pengawal kawasan untuk mengesahkan rangkaian yang mereka gunakan.

Bagaimana trem menukar trek?

Gambar: JejakaMaskulin via Google

Trem adalah sejenis kenderaaan yang digunakan di kawasan bandar atau jalan berasingan. Biasanya, bentuknya juga lebih pendek dan ringan daripada kereta api.

Difahamkan, trem juga menukar laluan trek menggunakan kaedah yang sama dengan kereta api. Sebuah mesin yang menggunakan motor elektrik atau sistem pneumatik untuk menolak bilah rel dan mengarahkan trem.

Bagaimanapun, hanya terdapat satu-satunya perbezaan antara dua jenis kereta api itu iaitu keputusan laluan mana trem harus melalui. Hal ini kerana trem boleh berhenti dengan cepat, ia boleh menukar trek tanpa perlu risau tentang merempuh trem lain.

Sama seperti kereta yang boleh brek sebelum lampu isyarat. Ia masih dikawal oleh pusat kawalan jauh dan juga trem itu sendiri. Bagaimanapun, pemandu trem perlu mengetahui arah laluan yang harus digunakan tidak seperti kereta api biasa yang sudah diprogramkan.

Masalah yang boleh berlaku

Berlanggar dengan kereta api lain

Sekiranya kereta api melalui trek yang salah, ia boleh menyebabkan perlanggaran. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, sistem komputer diguna pakai untuk mengawal arus perjalanan kereta api sebelum menukar arah laluan.

Tergelincir

Kereta api yang dihantar ke landasan yang salah mempunyai dua sebab untuk tergelincir iaitu jika mesin tidak ditetapkan dengan betul, dan terdapat penggelincir yang direka khas untuk menolak kereta api dari landasan untuk mengelakkan perlanggaran.

Untuk pengetahuan, menggelincirkan kereta api adalah lebih selamat daripada merempuh kereta api yang lain dan peluang untuk selamat jauh lebih tinggi.

Gambar hiasan | Kredit: BBC/Google

Tugas siapa untuk memastikan semuanya bertukar dengan betul?

Walaupun ia dikendalikan oleh komputer, banyak punca kegagalan isyarat sewaktu mesin mahu menukar trek. Sehubungan itu, ia menjadi tugas jurutera isyarat untuk menyelenggara mesin manakala bilah rel biasanya merupakan tugas jurutera cara tetap.

Mesin perlu sentiasa dibersihkan dan diletakkan minyak dengan kerap. Bilah-bilah juga perlu diletakkan bertentangan atau jauh dari rel pada celah yang betul .

Jika ia diletakkan celah yang salah, ia boleh menyebabkan roda rosak, rel bengkok atau kereta api tergelincir. Sementara rod di dalam mesin perlu ditetapkan dengan sewajarnya.

Selain itu, selepas diselenggara, mesin perlu diuji untuk memastikan motor berfungsi untuk menolak bilah ke kedua-dua kedudukan.

Pekerjaan itu perlu dilakukan secara berhati hati kerana terdapat beberapa kes jurutera selenggara kehilangan jari sewaktu melakukan kerja.

Sumber: eConstrcution Careers

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?